Monday, December 27, 2010

BENARKAH BERITA INI? JIKA FITNAH, BN KENA JAWAB


Oleh: Pria Malaya

1. Nama mangsa rogol Pak Menteri Umno ini adalah, "Robengah"...anda kenal?..

2. Harus di ingat, kes ini bukan semata-mata bergantungan keatas sumber Wikileaks, tetapi kes ini dahulunya telah keluar dlm sumber2 media yang lain..dan 'Migrant Care' antara laman web NGO yang paling awal mengulas isu ini sekitar tahun 2007..klik di SINI..

3. Mengikut cerita mangsa, peristiwa ini benar2 telah berlaku, namun mangsa telah diminta bersumpah untuk tidak memecahkan rahsia itu jika tidak akan disumpah tiga keturunan..sungguh kejam menteri terbabit, kerajaan Malaysia dan pihak tertantu yg mempunyai kaitan dengan komplot ini...

4. Rupanya bukan sekali, malah beberapa kali amah tersebut telah diperkosa oleh menteri Ketuanan Melayu itu!..tak sedar dengan tua!


(Gambar banner ini dihasilkan 3 tahun yg lalu sekitar 2007 oleh blogger 'jiwokelate.wordpress.com'..ya, beliau dahulunya telah dahulunya menghidu sesuatu yg tidak kena pada ketika itu...klik..)

5. Perlakuan jijik menteri ini telah dilihat oleh isterinya sendiri..ini bermakna, isterinya juga telah bersubahat 'menutup' kes, dan secara langsungnya beliau adalah saksi utama kes ini!

6. Foto amah bergambar bersama Menteri terbabit masih ada dan bakal menjadi bukti jika menjadi kes mahkamah kelak!

7. Jangan terkejut seorang rakyat Indonesia bertaraf rakyat biasa (amah) mengetahui tentang isu yg mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan wanita Monggolia...ternyata isu ini telah menjadi perbualan hangat bukan shj oleh rakyat Malaysia, malah seluruh dunia!..

"Tolong bapak rahsiakan alamat kakak saya kerana Pak Menteri itu punya banyak wang dan kenalan di Indonesia. Khuatir nanti keluarga kakak saya akan diapa-apakan seperti kasus Altantuya di Malaysia," - adik mangsa

8. Kali terakhir amah terbabit dirogol Pak Menteri adalah pada 19 Februari 2007..ianya disaksikan sendiri oleh isteri Pak menteri, dan keesokan harinya Datin menghantarnya pulang ke Indonesia...



9. Sebelum ini penulis telah mengulas isu ini..boleh rujuk pada tajuk, "TERHANGAT: "Sumber Wikileaks dedah bekas Menteri BN rogol amah" - Rocky's bru"..dan tajuk "GEMPAR: "Menteri yang rogol amah rupanya masih menjadi menteri dalam kabinet Najib!" - Blogger Umno"...

10. Ikuti pendedahan terbaru dalam 2 berita di bawah...isu ini tidak akan tamat selagi mana menteri terbabit, bahkan kerajaan Najib cuba melenyapkan dari pengetahuan rakyat...

Akhir kalam, pada pihak berkenaan, sila pastikan saksi dan bukti2 dlm kes ini selamat dan terjaga...bak kata adik mangsa, bimbang nasib kakaknya menjadi mangsa bunuh ala pembunuhan wanita Monggolia..fikir2kan...wallahua'lam...

BERITA 1

Siapakah menteri rogol amahnya?

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Soalan siapakah menteri yang terlibat merogol seorang pembantu rumah Indonesianya kini menjadi persoalan paling hangat diperkatakan ekoran pendedahan kembali isu ini oleh WikiLeaks.

Laporan awal Harakahdaily mengenai hal ini telah menjadi berita paling hangat dan paling ramai dibaca oleh pelayar Harakahdaily.

Dalam laporan itu, Harakahdaily melaporkan kembali tulisan pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan dalam blognya mengenai peristiwa seorang menteri merogol pembantu rumahnya pada tahun 2007 lalu.



Namun menteri berkenaan selamat walaupun laporan mengenainya sampai ke Kedutaan Indonesia, Kedutaan Amerika bahkan juga ke pejabat Perdana Menteri waktu itu, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Badawi.

Semalam, NGO Tenaganita menyiarkan kembali satu kenyataan akhbar yang pernah dibuat oleh Migrant Care, sebuah badan kebajikan pekerja Indonesia yang mengesahkan kejadian yang berlaku pada tahun 2007 itu.

Kenyataan yang ditandatangani oleh Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director) dibuat pada 1 Ogos 2007.

Dalam kenyataan akhbar itu, Migrant Care berkata, pembantu rumah Indionesia itu bernama Robengah dan ketika itu dia berada di bawah penyeliaan Migrant Care.

Dalam kenyataan itu juga, Migrant Care menamakan RELA sebagai salah satu badan yang sangat dimarahi oleh warga Indonesia walaupun Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan diplomatik yang sangat baik.

Satu blog popular, Tukartiup juga kini memainkan sentimen siapakah perogol bertaraf menteri itu?

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan, menteri berkenaan telah bersara namun menurut maklumat terbaru, dia masih berada dalam kebinet kerajaan Malaysia sekarang.

Sementara itu, Country Director Migrant Care, Alex Ong (gambar) ketika dihubungi Harakahdaily hari ini mengesahkan kejadian itu.

"Beliau dirogol pada 19 Februari 2007 di Kuala Lumpur. Kemudiannya dihantar balik ke Indonesia pada 20 Februari 2007," kata Alex kepada Harakahdaily.

Selepas mendapat maklumat dari orang ramai, kata Alex, Migrant Care telah menjejak mangsa ini ke kampungnya yang terletak di Banjar Negara, Jawa Tengah.

"Dua kakitangan kami telah menemui dan mewawancara beliau pada 23 Julai 2007 di Banjarnegara," kata Alex lagi. Migrant Care kemudiannya telah mengeluarkan kenyataan media pada 1 Ogos 2007.

Ketika ditanya, apa berlaku selepas itu, Alex memberitahu, tindakan susulan tidak boleh diambil kerana wanita berkenaan tidak mahu diganggu kerana tidak mahu malu dan juga akibat dari ketakutan.

"Dia telah diminta bersumpah untuk tidak memecahkan rahsia itu jika tidak akan disumpah tiga keturunan," cerita Alex kepada Harakahdaily.


(Gambar perpustakaan: Alex (tengah) bersama Che Ishak (kanan) dan Taufek ketika berbincang bagi membawa pulang Azreen dari Lombok, Indonesia)

Sebelum ini, Migrant Care pernah membantu Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan Adun Paroi, Taufek Abdul Ghani untuk membawa pulang Azreen Che Ishak dari Kampung Hulu Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa lari pemuda Indonesia ke Lombok, Indonesia.

Husam membantu keluarga Che Ishak yang berasal dari Kelantan itu melalui NGO yang dipimpinnya ketika itu, Kijang Care. - HD

BERITA 2

Kes perkosa bermula bila adik mangsa buat aduan

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Kisah seorang pembantu rumah Indonesia dirogol oleh majikannya yang merupakan seorang menteri bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa.

Surat tanpa tarikh yang ditaip dengan mesin taip biasa itu mendakwa kakaknya yang bernama Robengah telah diperkosa oleh seorang menteri kerajaan Malaysia beberapa kali.



"Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali. Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah. Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07," cerita adik mangsa kepada badan yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia yang bekerja di luar negeri itu.

Melalui surat inilah, Migrant Care telah menyiasat laporan ini dengan menghantar tiga sukarelawannya ke rumah Robengah yang terletak di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.

Migrant Care adalah Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat
(Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers' Convention) yang beralamat di Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia.

Banyak kes yang berjaya diselesaikan oleh mereka dalam menjaga kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia. NGO ini juga membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari saudara mara mereka di Indonesia sebagaimana yang berlaku kepada keluarga Azreen Che Ishak, gadis dari kampung Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa ke Lombok, Indonesia.

Perjalanan ke Banjarnegara pada 24 Julai 2007 merupakan satu perjalanan yang panjang bagi para sukarelawan ini. Ia bermula sehari sebelum itu lagi apabila mereka bertolak dari Jakarta ke Jawa Tengah pada 23 Julai. Namun, demi tugas, mereka ke sana untuk mengesahkan laporan yang mereka terima itu.

Ketika dalam perjalanan, mereka terngiang-ngiang kata-kata rayuan adik mangsa rogol ini yang meminta kasihan belas agar kehormatan wanita Indonesia ini dibersihkan.

"Tolong kami Pak. Bersihkan kehormatan wanita Indonesia yang mencari rezeki buat anak-anak yang sekolah. Apakah memperkosa pembantu rumah pekerja asing yang tak bisa baca dan tak bisa tulis, adalah satu budaya orang kenamaan di Malaysia," rayu adik mangsa dalam surat aduan itu.

Melalui alamat yang diberikan adik mangsa itu, mereka berjaya menemui Robengah yang sedang sibuk mempersiapkan makanan untuk pekerja yang sedang mempersiapkan rumah baru mereka.

Mereka ke sana untuk mendapatkan cerita sebenar dari mangsa sendiri. Ini kerana, surat aduan itu penuh keyakinan kakaknya akan ceritakan segala-galanya.

"Kakak saya akan ceritakan segala-galanya. Saya sertakan foto majikannya bersama kakak saya yang berdiri disebelahnya (bertudung biru) bersama pembantu rumah yang lain dan Datin isterinya," cerita surat aduan itu lagi.

Namun mereka bertiga juga teringat pesan adik mangsa itu. Ini kerana, beliau bimbang kes yang berlaku kepada wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu berulang kepada kakaknya.

"Tolong bapak rahsiakan alamat kakak saya kerana Pak Menteri itu punya banyak wang dan kenalan di Indonesia. Khuatir nanti keluarga kakak saya akan diapa-apakan seperti kasus Altantuya di Malaysia," tulis adik mangsa itu lagi.

Mereka bertiga sampai di rumah Robengah kira-kira jam 11 pagi. Namun, suasana yang ada tidak membolehkan isu pemerkosaan ini ditanya terus kepadanya sehingga jam lewat petang. Ini kerana suami serta dua anaknya sentiasa berada di sisinya.

Mereka hanya berjaya mendapat sejarah kerja Robengah di rumah majikannya di Kuala Lumpur selama lapan tahun itu. Dalam pada itu, mereka juga sempat bergambar bersama.

Namun, selepas pulang ke rumah salah seorang dari mereka iaitu kira-kira jam 8.30 malam, mereka menelefon Robengah melalui anaknya.

Dalam perbualan telefon itulah, Robengah mengaku diperkosa majikannya. Tetapi beliau meminta sangat-sangat isu pemerkosaan itu tidak diperbesarkan kerana dia malu dan takut.

Maklumlah, dia hanya orang kecil sedangkan Pak Menteri itu orang besar dan berpengaruh.

Suami Robengah juga menelefon mereka semua supaya isu ini tidak diperbesarkan dan menganggap ini adalah satu cobaan untuk keluarganya.

Pada 26 Julai sekali lagi para sukarelawan ini menelefon Robengah melalui ibu pejabat mereka di Jakarta.

Robengah kali ini juga meminta agar ia tidak diperbesarkan namun dia mengesahkan telah diperkosa menjelang pulang ke kampung halamannya.

Menurut adiknya, kali terakhir Robengah diperkosa pada 19 Februari 2007 dan kejadian ini telah terbongkar apabila dilihat sendiri oleh isteri menteri ini.

Robengah kemudiannya telah dihantar pulang oleh isteri menteri itu pada keesokan harinya iaitu pada 20 Februari 2007.

Selepas membuat penyiasatan dan menemubual mangsa inilah, Migrant Care telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 1 Ogos 2007. Ia telah ditandatangani oleh tiga orang iaitu Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director).

Kenyataan ini telah disiarkan kembali oleh Tenaganita, sebuah NGO hak asasi pekerja pada 26 Disember baru-baru ini selepas dokumen siasatan kes ini didedahkan oleh WikiLeaks.

Dokumen siasatan kes pemerkosaan ini dikatakan telah sampai ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, kedutaan Amerika di Jakarta dan pejabat Perdana Menteri ketika Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah Perdana Menterinya.

Berdasarkan dokumen dari kedutaan Amerika inilah WikiLeaks mendedahkan kembali kes ini kerana dokumen yang didedahkan oleh WikiLeaks semuanya daripada dokumen yang bocor dari Amerika.

Pendedahan ini kemudiannya diangkat oleh blogger Rocky Bru (Ahirudin Atan), pemimpin akhbar The Malay Mail, dalam blognya baru-baru ini.

Bermula dari situlah Harakahdaily menyiasat kes ini dan mendapat cerita ini. Menurut maklumat awalnya, menteri ini sudah bersara tetapi selepas disiasat rupanya menteri ini masih kekal dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak sekarang. - HD

Thursday, October 21, 2010

KEDUNGUAN PEMUDA UMNO BAKAR AKHBAR SINAR HARIAN


Kami sungguh terkejut melihat tindakan Pemuda UMNO yang bertindak membakar akhbar Sinar Harian baru-baru ini. Satu tindakan "bodoh dan biadap" akibat rasa tidak puas hati itu yang dikatakan berpunca daripada artikel "Mahligai Kandang Kambing" yang dilaporkan akhbar itu bertarikh 8 Oktober lalu.

Laporan mengenai kedaifan seorang pemuda bersama isteri dan tujuh anaknya di Kampung Ulu Luit, Maran dikatakan menyebabkan Pemuda UMNO cawangan itu "melenting dan tidak keruan".


Pemuda UMNO perlu lebih rasional

Sinar Harian

KUALA LIPIS - Ahli Pemuda UMNO di seluruh negeri dinasihatkan agar sentiasa bertindak rasional dalam segala tindakan yang diambil dan menggunakan alternatif perbincangan bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

Ketua Pemuda UMNO Negeri, Abu Jimi Samat berkata, tindakan demonstrasi dan membakar barangan adalah tindakan terakhir yang boleh diambil Pemuda sekiranya perbincangan yang dilakukan tidak dapat menemui jalan penyelesaian.

Menurutnya, perkara yang timbul di kawasan berkenaan perlu diselidiki sedalam-dalamnya dan pihak terbabit perlu mengetahui pokok pangkal masalah yang timbul selain tidak memainkan isu politik dalam perkara yang dibangkitkan.

“Dalam hal yang berlaku di daerah Maran yang membabitkan Pemuda Cawangan Luit sememangnya mencetuskan sedikit kontroversi namun perkara ini boleh diselesaikan sekiranya semua pihak termasuk Pemuda, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pihak media duduk berbincang mengenai masalah yang timbul.

“Justeru, saya berharap agar pihak JKKK dan Pemuda yang tidak berpuas hati dengan permasalahan yang timbul agar menemui pihak media dan menyelesaikan masalah terbabit dengan lebih rasional,” katanya ketika diminta mengulas tindakan sekelompok individu membakar akhar Sinar Harian selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan laporan mengenai isu setempat.

Rasa tidak puas hati itu dikatakan berpunca daripada artikel ‘Mahligai Kandang Kambing’ yang dilaporkan akhbar ini bertarikh 8 Oktober lalu mengenai kedaifan seorang pemuda bersama isteri dan tujuh anaknya di Kampung Ulu Luit, Maran.

Kedaifan sembilan beranak itu mendapat perhatian segera Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang berangkat meninjau keadaan kediaman bekas kandang kambing berkenaan pada 9 Oktober.

Rentetan daripada keberangkatan Tengku Mahkota, Rohimi menerima bantuan rumah di bawah Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) bernilai RM53,000 termasuk RM20,00 dari Kerajaan Negeri.

Abu Jimi berkata, tindakan demonstrasi adalah perlu sekiranya turut disertai oleh memorandum kerana melalui memorandum berkenaan JKKK dan Pemuda dapat melahirkan rasa ketidakpuasan hati kepada pihak berkaitan.

“Saya sebagai Ketua Pemuda UMNO negeri ini tidak menghalang sebarang demonstrasi secara aman namun perlu disertakan dengan memorandum selain dapat mengelakkan masalah lain yang lebih besar timbul,” katanya.

Banyak pihak menyifatkan tindakan sekumpulan individu membakar akhbar Sinar Harian satu langkah tidak profesional.

Tuesday, October 5, 2010

MAKLUMAN PERTUKARAN ALAMAT BLOG JABATAN AMAL MALAYSIA DPPP

Dimaklumkan bahawa blog Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat telah bertukar alamat blog dari http://jabamal.wordpress.com kepada http://jabamal.blogspot.com seperti gambar dibawah.




Harap Maklum.





MOHD SHAHRAINI ABU SAHID
Ketua Setiausaha
Jabatan Amal Malaysia DPPP

PROGRAM IKTIKAF RAMADHAN





Program Iktikaf Ramadhan yang diakan di masjid lama chenor, seramai 50 orang ynag terdiri dari penduduk kampung yang berhampiran bersama - sama pemuda pas maran menjayakan program ini. program ini diakan bertujuan mengeratkan lagi ukuwwah dikalangan masyarakat di peringkat dun.
Antara isi program iktikah ramadhan ini adalah berbuka puasa, solat maghrib dan tahlil, solat isya` dan tarawih berjemaah, qiamullai berjemaah,bersahur dan solat subuh berjemaah, dan diakhiri dengan kuliah subuh berjemaah.terima kasih diucapkan kepada pemuda kawasan maran dan semua yang terlibatdi perngkat dun chenor dalam menjayakan program ini.. wassalam....

PROGRAM EDAR BUBUR LAMBOK DI BAZAR MARAN






Program edar bubur lambok di bazar ramadhan maran yang diadakan pada 31 ogos 2010 bersamaan 21 ramadhan 1431H. program ini anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Maran dan Pas Cawangan Luit.
DPP maran mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada yang terlibat dalam menjayakan program ini. Dalam program ini sebanyak 50 bungkus bubur lambok telah diedarkan secara percuma kepada pengunjung di bazar ramadhan maran dan mendapat sambutan yg mengalakkan.Ini menunjukkan penerimaan yang baik pengunjung terhadap perjuangan Pas yang berada di bawah kepimpinan ulama`.. wassalam..

Tuesday, August 24, 2010

ISU BERDOA KEPADA PEMIMPIN BUKAN ISLAM - DR. ASRI


Saya rasa amat wajar untuk saya mengulas sendiri tentang isu doa untuk bukan muslim yang 'dikecohkan' sekarang. Ini memandangkan ada media telah memainkan perbezaan antara pendapat saya dan yang dihormati Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak mengenai isu ini. Tujuan tulisan ini agar salah faham dapat dielakkan.

Apabila seorang tokoh Umno yang agak veteran menghubungi saya dan menyatakan beliau tidak puas hati (ayat asalnya "malu") dengan fatwa Tuan Mufti Perak yang mengharamkan doa kesejahteraan untuk bukan Muslim, saya jawab, saya tidak pasti sebab saya sendiri belum membaca fatwa tersebut.

SMS beliau kepada saya: "Apakah saudara bersetuju dengan Mufti Perak bahawa hukumnya haram kita mendoakan kesejahteraan bukan Islam. Salahkah saya mendoakan kesejahteraan mak mertua saya yang bukan Islam? Atau mendoakan penyokong saya yang bukan Islam?"

Setelah mendapat SMS itu saya cuba mencari kenyataan Tuan Mufti dalam media, saya dapati demikian yang dilaporkan oleh beberapa media.

Sebagai husn al-zan (sangka baik) saya anggap mungkin laporan media kurang kemas, atau ada maksud di sebalik pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Tan Sri Harussani Zakaria itu. Ungkapan yang digunakan bahawa Islam mengharamkan doa kesejahteraan kepada orang bukan Islam itu mungkin mempunyai maksud lain, di luar apa yang saya faham.

Perkataan "sejahtera" itu mungkin ada maksud tersendiri yang beliau ertikan. Cumanya, saya ingin mengulas kenyataan itu dari beberapa sudut. Pandangan saya dalam isu ini seperti berikut:

Setiap orang yang mempunyai pengetahuan agama hendaklah sentiasa adil dengan pandangannya. Tidak boleh berpihak untuk kepentingan pembangkang ataupun kerajaan. Saya tujukan nasihat ini kepada mereka yang daif seperti saya ini agar berusaha mendisiplinkan diri dalam pandangan ilmu.


Harussani bukan lemah seperti saya

Adapun Tan Sri Harussani, Mufti Perak sudah pasti seorang yang teguh - bukan lemah seperti saya - dan saya doakan agar keteguhan itu menjadi contoh insan yang berdisiplin dalam ilmu.

Pandangan agama yang membabitkan hal bukan Muslim di negara kita khususnya, dan dunia moden amnya, jika salah ditangani boleh memberikan kesan negatif kepada kefahaman masyarakat mengenai Islam.

Kita memberitahu dunia "Islam adalah agama yang rahmat". Pasti mereka akan ragu jika kita mengeluarkan pandangan sebaliknya. Di kala dunia menuduh Islam pengganas, tiada nilai toleransi dan seumpamanya, pandangan-pandangan golongan agamawan janganlah membantu menyuburkan tuduhan palsu itu.

Di Malaysia, secara praktiknya, ramai yang terbiasa memberi ucapan, terutama di media-media kerajaan, "assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam".

Walaupun Nabi SAW - seperti riwayat al-Bukhari - dalam praktik baginda, jika ada bukan Muslim bersama dengan Muslim, baginda hanya mengucapkan "assalamualaikum" sahaja. Perkataan "assalamualaikum" itu memang bermaksud "kesejahteraan ke atas kamu".

Namun, diulangi oleh amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan "salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam". Tidakkah "salam sejahtera kepada bukan beragama Islam" itu satu doa untuk mereka?

Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini? Demikian salam ciptaan baru "Salam 1Malaysia" juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan Muslim. Mengapa tidak diharamkan? Saya sekali lagi berpesan kepada diri saya sendiri yang amat daif ini: Janganlah bersifat terpilih dalam berfatwa.

Nabi jampi orang gila bukan Muslim

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan Muslim yang masih hidup. Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas.

Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113. Adapun mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak (sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan.

Kata Abdullah bin Mas'ud: "Aku seakan masih melihat Rasulullah SAW menceritakan tentang seorang dalam kalangan nabi AS yang kaumnya memukulnya sehingga berdarah, sedangkan dia hanya menyapu darah di mukanya dan berdoa: "Ya Allah! Ampunkanlah kaumku kerana mereka itu tidak tahu". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan berdoa agar Allah memaafkan atau jangan menurunkan bala kepada golongan kafir yang jahil adalah harus. Dalam ertikata lain diberi peluang untuk mereka. Ini sebenarnya, mendoakan agar mereka selamat dari bala yang Allah bakal turunkan.

Dalam hadis yang sahih riwayat al-Nasai dan Abu Daud, sahabah Nabi SAW pernah menjampi untuk seorang gila yang bukan Muslim dengan Surah al-Fatihah sehingga sembuh. Ketua kabilah lelaki itu memberikan kepada sahabah berkenaan 100 ekor kambing.

Nabi SAW bersabda kepada sahabat tersebut: "Makanlah, selama ini orang memakan dari jampi yang batil, engkau memakan dari jampi yang sebenar".

Jampi adalah sebahagian dari doa kepada Allah. Hadis ini menunjukkan boleh mendoakan kesembuhan dan kesihatan kepada bukan Muslim.

Bagi saya, doa kebaikan untuk bukan Muslim seperti agar memerintah dengan adil atau mendapat kesejahteraan kesihatan, keamanan, harta dan seumpamanya adalah dibolehkan. Dada Islam amat luas dalam hal ini. Syaratnya, doa kesejahteraan itu bukan untuk orang bukan Muslim yang bermusuh dengan Islam.

Permainan politik

Firman Allah, maksudnya: "Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8).

Adapun berdoa agar diberikan kekuatan atau kekuasaan kepada mereka yang zalim adalah haram. Samada yang didoakan itu Muslim atau bukan Muslim.

Firman Allah: "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan" (Surah Hud: 113).

Namun, saya akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian. Doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik, juga mungkin tujuan kempen politik.

Sebab itu 'Ali bin Abi Talib pernah menyebut kepada golongan Khawarij yang menggunakan slogan agama: "Perkataan yang benar, tetapi bertujuan batil" (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana.

Pun begitu, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredaan sesuatu pihak semata-mata. Hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan Muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian atau perincian.

Cina rajin dan kaya

Dalam sebuah negara yang berbilang agama, adakah kesejahteraan dan keamanan akan tercapai jika salah satu masyarakatnya porak peranda? Jika masyarakat bukan Islam hidup dalam keadaan tidak aman dan bergolak sesama mereka, apakah negara akan aman?

Jika seorang pemimpin Muslim dibolehkan berusaha secara pentadbiran memulihkan keamanan dalam komuniti bukan muslim, apakah munasabah Islam mengharamkan pemimpin tersebut berdoa agar Allah memulihkan keamanan dan kesejahteraan di kalangan mereka?

Tambahan lain, perlu kita di Malaysia mendoakan agar bukan Muslim menerima Islam ini. Orang Cina khususnya, mereka rajin dan kaya. Jika mereka menerima Islam, agama ini menjadi teguh.

Jika Nabi SAW pernah berdoa: "Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau 'Umar bin Al-Khattab". (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi).

Alangkah perlunya kita juga berdoa agar tokoh-tokoh yang hebat di negara ini menerima Islam.

Inilah pandangan ringkas saya. Saya percaya Tan Sri Harussani Zakaria mempunyai tafsiran atau andaiannya yang tersendiri. Apapun, kita harapkan andaian dan tafsiran itu sentiasa memberikan nilai yang positif untuk Islam dan bebas dari belenggu kepentingan mana-mana pihak. Ini adalah pandangan saya.

Wednesday, July 21, 2010

LEBIH BAIK BERPECAH DARIPADA BERSATU DIBAWAH PAYUNG JAHILIYAH YANG MENDEHAKAI ALLAH SWT.


Isu perpaduan Melayu kembali bergema. Kali ini ianya melibatkan usaha golongan agama (mufti) dan kepimpinan UMNO. Pelbagai komentar dan pandangan dari pelbagai pihak diambil bagi menyokong usaha perpaduan melayu ini sekaligus seolah-olah sesiapa yang tidak inginkan perpaduan Melayu adalah golongan yang bertindak bertentangan dengan kehendak Islam. Pelbagai ayat Quran dan hadis bergema bagi menyokong usaha ini. Sebagaimana biasa PAS menjadi sasaran bilamana dengan tegas menolak hasrat perpaduan dengan UMNO!

Isu besar ialah apakah untuk perpaduan bangsa atau perpaduan Islam? Kalau perpaduan bangsa kenapa hanya Melayu perlu berpadu, bagaimana bangsa lain dalam negara? Apakah kerajaan suka kalau bangsa lain berpecah yang juga akhirnya melemahkan negara?

PAS menyatakan dengan tegas kita perlu bersatu di atas landasan yang digariskan oleh Allah; “Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”. Lantaran itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah!

PAS tidak akan merelai perpaduan bagi mendokong tindakan yang bertentangan dengan Islam yang ditaja oleh UMNO. Mereka sanggup menghalalkan perjudian di atas nama kebajikan dan sukan walhal dengan jelas Islam menyatakan judi itu haram!

Di saat rakyat menderita dengan tekanan hidup akibat kenaikan kos hidup, rakyat melihat UMNO gagal menjaga bangsa dan agama. Maka janganlah kegagalan ini PAS pula yang dipersalahkan. Lebih 50 tahun UMNO diberi kepercayaan oleh orang Melayu Islam. UMNO membelakangkan soal perpaduan, Kelantan terus ditindas bahkan negeri Pakatan Rakyat terus diserang saban waktu. Tangan kiri menghulur perdamaian, tangan kanan terus menekan dan menindas bangsa sendiri!

Kami tidak mahu memikul pengkhianatan UMNO kepada agama. 50 tahun negara ini tidak pernah merasai berjalannya hukum Allah secara menyeluruh, riba, rasuah, pusat maksiat berleluasa sehingga remaja seolah-olah tiada hala tuju. Rakyat miskin terus dibeban dengan kenaikan kos hidup; di waktu yang sama syarikat swasta kroni pemerintah terus menikmati subsidi luas biasa seperti IPP (Independent Power Producers), syarikat konsesi tol tidak dipotong subsidi mereka bahkan pembaziran terus berleluasa. Di saat negara berada dalam situasi paling buruk dalam sejarah dengan pelbagai isu besar seperti penyerahan Blok L dan M kepada Brunei, tanah KTM di Singapura, isu kemerosotan dana Felda yang mengejutkan, serta pelbagai gejala sosial yang berlaku menuntut rakyat membuat perubahan besar, bukan meminta PAS memikul sama kemungkaran ini.

Saturday, June 12, 2010

selamat ber muktamar kepada semua muktamirin




Di Rasmikan Oleh Tuan Guru Dato` Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
9 - 10 Jun 2010
Kelantan trade Center
Kota Bahru, Kelantan


tema Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat Ke 51 " Murnikan perjuangan Maknakan kemenangan"

Tuesday, January 19, 2010

SEKILAS LAPORAN AUDIT BAGI NEGERI PAHANG



2. Perolehan Bahan Api Yang Meragukan. RM574.53 lagi melayang. Rekod mendapati kenderaan itu hanya memasukkan minyak 1 liter tetapi harga yang di bayar melebihi RM 100. Juga melibatkan stesyen minyak yang sama tapi kali ini di Bentong. (Lihat jadual di bawah.)




3. Perolehan Bahan Api Melebihi Kapasiti Tangki Kenderaan. Proton perdana hanya mampu memuatkan kapasiti minyak sebanyak 64 liter, namun ada kenderaan milik kerajaan negeri yang mengisi sehingga 130 liter. Mungkin Proton Perdana milik kerajaan Negeri Pahang ni bertangkikan tangki traktor. (Lihat jadual di bawah.)



4. Kad Inden Bahan Api Masih Aktif Walaupun Kenderaan Telah Lama Dilupuskan. Ada kenderaan yang tak wujud namun rekod mendapati kenderaan itu masih mengisi minyak. Di Malaysia ni bukan sahja ada pengundi hantu, sekarang ni dan ada kereta hantu. (Lihat jadual di bawah.)



5. Kos Penyenggaraan Kenderaan Yang Tinggi. Kos penyelenggaraan lebih mahal dari harga kereta. Lihatlah no 1, Proton perdana di beli dengan harga RM 117.026, namun kos penyelenggaraannya selepas digunakan selepas 4 tahun berjumlah RM 171,888. (lihat jadual di bawah)



Beginilah pengurusan kewangan kerajaan negeri Pahang untuk tahun 2008 yang lalu. Seharusnya rakyat boleh menilai bagaimana wang rakyat sewenang-wenangnya dibazirkan.

Seharusnya Wakil Rakyat Pakatan Rakyat di Pahang lebih pro-aktif membawa isu ini dan apa sahaja isu lain dalam Dewan Undangan Negeri. Setiap sen duit rakyat yang hilang mesti dipersoalkan. Janganlah hendaknya YB PR menjadi tukang turut dan tukang urut pada MB. Jangan ada lagi YB PR berbuih-buih mulut memuji MB Pahang kononnya baik hati.
Ayuh bawalah misi Pakatan Rakyat, membongkar segala salah laku dan salahguna yang rakyat. Menjunjung amanah Allah mendokong amanah rakyat.