Tuesday, October 7, 2008

Masalah replika Anwar Ibrahim


Berdasarkan pandangan yang dipegang oleh al-Malikiyyah yang turut dipegang oleh Ibn Hamdan dari kalangan ulama al-Hanabilah, replika Anwar adalah dibenarkan oleh Syarak.


Ini kerana patung yang diharamkan oleh Syarak berdasarkan ijtihad fuqahak di atas adalah apabila mempunyai keseluruhan ciri-ciri dibawah:

Patung yang dibuat adalah berbayang (tiga dimensi). Ini dijelaskan oleh kata-kata Ibnu Hamdan yang merupakan salah seorang ulama daripada al-Hanabilah :

المراد بالصّورة أي : المحرّمة ما كان لها جسم مصنوع له طول وعرض وعمق

Sekiranya tidak mempunyai tiga dimensi, maka hukumnya tidaklah haram sebaliknya hanyalah makruh.

Patung yang mempunyai tiga dimensi tersebut adalah patung yang sempurna yang seandainya hidup, dia akan boleh hidup. Maka sekiranya patung 3 dimensi tersebut hanyalah kepala sahaja, atau kepala dan dada sahaja, atau patung tanpa kepala, maka hukumnya tidak sampai ke peringkat haram kerana tiada seorangpun yang mampu untuk hidup sekiranya dia hanya mempunyai kepala, atau hanya mempunyai kepala dan dada atau tidak mempunyai kepala.


Namun sekiranya patung tiga dimensi tersebut hanyalah tidak mempunyai tangan dan kaki contohnya, maka hukumnya adalah haram kerana manusia ataupun haiwan dapat hidup sekalipun tanpa tangan dan kaki.

Patung yang mempunyai 2 ciri di atas dibuat daripada benda yang kekal seperti kayu, batu, besi dan sebagainya. Sekiranya ia dibuat daripada benda yang tidak kekal seperti kulit buah tembikai, lilin, ulian tepung dan sebagainya, maka hukumnya adalah tidak haram.

Replika tersebut tidak mempunyai bayang. Bayang yang dimaksudkan di sini adalah berbentuk tiga dimensi. Ia hanyalah seperti lukisan manusia di atas kertas, tenunan di atas kain dan ukiran yang dipahat di atas batu ataupun kayu.

Walau bagaimanapun hukum replika Anwar adalah makruh disebabkan seluruh jasad Anwar digambarkan. Namun sekiranya replika Anwar hanyalah kepala sahaja ataupun bahagian-bahagian jasad yang sekiranya dianggap hidup, ia tidak akan mampu hidup, maka hukum makruh tadi akan hilang. Ini bermakna sekiranya gambar replika Anwar hanyalah gambar kepala hingga ke dada sahaja, hukumnya adalah tidak makruh di sisi mazhab al-Malikiyyah.

Replika Anuar Dalam Pandangan Mazhab Yang Lain

Dalam mazhab al-hanafiyyah, al-Shafieyyah dan al-Hanabilah, hukum membuat replika Anwar adalah haram sama sekali. Ini kerana berdasarkan dua mazhab ini, sebarang lukisan atau arca yang menggambarkan makhluk yang bernyawa adalah haram.

Kesimpulan:

1. Dalam masalah replika Anwar , para ulama berbeza pandangan dalam masalah ini. Maka adalah satu tindakan yang salah untuk kita memaksa manusia mengharamkan replika Anwar demi untuk meraikan khilaf fuqaha dalam berijtihad. Kaedah mengatakan:

الاجْتِهَادُ لاَ يُنْقَضُ بِالاجْتِهَادِ

2. Replika Anwar di sisi al-Malikiyyah tetap hukumnya makruh.

3. Masyarakat perlu dijelaskan bahawa dasar perjuangan bukanlah disebabkan individu. Perjuangan adalah dengan berdasarkan wahyu.

Rasulullah pernah bersabda:

أَلا إِنَّ رَحَى الإِسْلامِ دَائِرَةٌ فَدُورُوا مع الْكِتَابِ حَيْثُ دَارَ[1]

Sayyidina Ali pernah berkata:

لا تَعْرفِ الحقَّ بالرجال . اعْرِفِ الحقَّ تعرفُ أهلَه[2]

4. Tindakan mendewa-dewakan seseorang bukanlah satu sikap yang baik. Islam mengajar manusia agar bersikap adil terhadap menilai manusia. Sokongan terhadap seseorang hanyalah apabila kebenaran bersamanya. Allah Taala berfirman:


Hai orang - orang yang beriman , hendaklah kamu jadi orang - orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah swt. , menjadi saksi dengan adil . Dan janganlah sekali - kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum , mendorong kamu untuk berlaku tidak adil . Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan .


Al Maaidah . Ayat : 8


Cadangan Saya terhadap Dato' Seri Anwar.


Berkait isu replika ini , sebagaimana yang telah saya jelaskan diatas , ia termasuk dalam urusan khilaf dikalangan ulama' . Namun bagi pihak Dato' Seri Anwar demi mengelak berlakunya taasub dan mendewa - dewakan sesama manusia khasnya terhadap dirinya sendiri , beliau boleh menasihatkan agar orang - orangnya segera menurunkan replika beliau.


Justeru replika tersebut sangat berbeza dengan iklan atau gambar yang berada pada billboard. Pasti sahaja iklan - iklan tersebut biarpun besar saiznya tidak fokus kepada membesar dan memuliakan gambar orang tertentu melainkan fokus kepada suatu yang diklankan .


Tetapi replika Dato' Seri Anwar tidak merujuk kepada suatu yang lain melainkan kepada zat Dato' Seri Anwar sendiri . Saya juga tidak melihat keperluan lain replika itu didirikan sedemikian besar dan tingginya kecuali lahir dari rasa terlalu memuliakannya.


Lantaran itu saya cadangkan agar Dato' Seri Anwar sendiri meminta agar replika tersebut diturunkan sebelum gejala mendewa - dewakan pemimpin kian membarah dan akhirnya menyumbang kepada pemujaan yang merosakkan aqidah . So isunya buka replika tetapi kesan dari pemasangan replika tersebut , pula dibangunkan di Batu Caves.




[1] Lihat al-Mu'jam al-Kabir [2] Lihat Ihya Ulumiddin Jilid 1 Bab Kelima : Fi Adab al-Muta`allim Wa al-Mu`allim.

posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi

Monday, October 6, 2008

ALIRAN LIBRALISME DLM GERAKAN ISLAM

Awas..aliran libralisme dalam gerakan Islam.
Mana-mana gerakan Islam di seluruh dunia tidak terlepas daripada disusupi musuh, baik secara terang-terangan atau secara sembunyi-sembunyi ( sementara belum ada kekuatan). Keadaan ini tidak terkecuali berlaku dalam jamaah Pas. Dalam usia Pas 57 tahun, telah banyak pengalaman yang dilalui oleh Pas. Pengalaman berdepan dengan musuh-musuh dari luar jamaah mahupun musuh yang berada dalam urat saraf jasad Pas. Alhamdulillah.. sepanjang usia itu telah banyak pertolongan Allah. Allah tetap menyelamatkan jamaah yang diasaskan atas dasar taqwa ini. Jamaah yang telah mewakafkan ramai tenaga pejuangnya sebelum sampai ketahap ini. Bukan setitis dua darah dan airmata orang-orang Pas yang tumpah. Bukan seorang dua anggota dan pimpinan Pas yang ditahan di dalam ISA. Tidak sedikit isteri dan anak-anak pejuang Pas menderita lantaran penahanan ayah-ayah dan suami mereka. Bukan setahun dua orang-orang Pas menderita lantara dasar diskriminasi politik yang diamalkan oleh BN sebagai manifistasi dasar sakularismenya itu. Namun Alhamdulillah..berbekalkan keyakinan dan iman orang-orang Pas tetap memberikan keyakinan yang tidak berbelah bagi kepada Pas.

Kerisis Politik di Kelantan pada tahun 1977 telah menyebabkan Pas hanya tinggal 2 kerusi DUN dan hanya 1 kerusi di Parlemen. Namun pernahkah ahlipahli Pas merasa putus asa?, pernahkah mereka mengeluh? pernahkah mereka melompat parti kerana mencari subsidi politik murahan?. Tidak..mereka merangkah dan bertatih bangun. Tiupan semangat yang muncul dari kuliah-kuliah, khutbah-khutbah dan ceramah-ceramah pimpinan Pas, khususnya pada era kepimpinan Ulama bermula, telah memberikan nafas dan tiupan iman yang tidak sedikit kesannya kepada orang-orang Pas. Tamrin-tamrin dan mukhayyam tarbawi serta usrah-usrah aktif dimana-mana, hatta dikampung yang tidak ada cawangan Pas. Waktu itu sumber ekonomi pas hanya dengan menadah kupiah putih disetiap ceramah-ceramah Pas. Walau diejek dan dipersenda oleh Pimpinan Umno, namun Pas terus bergerak dengan satu keyakinan yang membara bahawa suatu hari nanti perjuanngan ini pasti akan mencapai kemenangan. Saat itu belum ramai ahli-ahli koprat dan profesional yang sanggup menyertai Pas. Pas dilihat sebagai parti kampungan dan hanya diminati oleh pak-pak lebai. Golongan yang berpendidikan luar negeri lebih cenderung menyertai IRC (kemudiannya didaftarkan sebagai JIM), manakala yang mendapat pendidikan pusat pengajian tinggi dalam negeri lebih cenderung menganggotai ABIM. Kedua-duanya dilihat sebagai pengkalan group elit Islam. Pas?..hanya jamaah kampungan yang disertai oleh lebai-lebai pondok dan bekas-bekas pelajar timur tengah. Mukahyyam dan Ijtima’ Pas hanya dikebun-kebun getah atau tapak sawah kering. Alhamdulillah…denai sukar yang dilalui Pas telah menjadi kurikulum Tarbiyyah yang mahal harganya kepada orang-orang Pas. Niat mereka hanya satu iaitu ingin melihat tertegakkanya “daulah islamiyyah” di bumi Allah yang bernama Malaysia ini. Orang-orang kampung datang naik lori jika ada ceramah Pas. Mereka datang untuk dengar penceramah-penceramah Pas menyampaikan keyakinan dan suntikan semangat kedada mereka yang telah sedia kaya dengan semangat dan kesedaran. Bersila atas rumput dengan ditemani gigitan nyamuk, tak kesah bagi mereka. Puas hati mereka, lega perasaan mereka bila tok-tok guru atau penceramah bacakan sepatah dua ayat-ayat quraan atau hadis bagi memperjelaskan perjuangan Pas adalah jihad yang mahal harganya disisi Allah. Satu sessi ceramah cukup untuk menjadi pemanas perjuangan mereka berbulan lamanya. Mereka “orang kampung”. Tidak ada dua dalam tujuan perjuangan mereka. Mereka mahu lihat bumi malaysia ini mengharamkan apa yang “quraan” kata haram, dan menghalalkan apa yang quraan kata halal.

Panas tidak semestinya sampai kepetang. Apatah lagi perjuangan Islam yang sememangnya sentiasa di uji oleh Allah. Muncul berbagai-bagai aliran pemikiran sehingga menyentap wala ahli Pas kepada Pimpinan. Pemikiran yang berorentasikan semata-mata “mahu menang”. Yang penting kita menang dulu. Bila dah menang kita laksanalah apa yang terkandung dalam quraan dan hadis. Sebelum menang kita jangan kata haram, walaupun sememangnya haram. Jangan sebut Negara Islam, nanti orang yang bukan Islam lari dari kita. Muslimat-muslimat Pas jangan muncul dengan pakaian bertudung labuh, apatah lagi berjilbab. Kerana imeg begitu akan menakutkan mereka kepada Pas. Tak payah terlalu banyak membuang masa dengan usrah-usrah dan tamrin, yang penting organisasi mantap dan gerakkerja pilihanraya bersistematik. Orang-orang Pas yang berkereta buruk jangan tanpal sticker-sticker Pas, kerana umum akan melihat betapa dhaifnya Pas. Kalau dhaif, macamana nak memerintah negeri dan Negara. Pas perlu keluar dari kepompong ortodoknya itu. Barisan kepimpinan mestilah mereka-mereka yang berfikrah baru. Fikrah yang tidak fikir sangat ini haram itu haram. Mereka mesti memiliki pemikiran baru iaitu “fikrah hadhari”. Pemilik-pemilik fikrah baru ini perlu dicatur supaya dapat berada di posisi yang penting dalam jamaah. Akhbar mirip jamaah perlu memberikan mereka ruang yang selesa untuk mempercambahkan fikrah ini kepada ahli.

Inilah rupa bentuk cabaran baru dalam jamaah Islam. Atas nama pembaharuan dan pendekataan profesional, bukan sahaja tradisi yang dirombak, bahkan hukum agama juga mungkin “dikaji semula”. Kalau dulu mereka mencuri ahli jamaah ( ahli yang agak perpendidikan) untuk dibawa keluar dari jamaah dan menyertai mereka. Kini mereka berada dalam tubuh jamaah menghisap saki baki semangat Islam dan tarbiyyah lama tok-tok guru dari jiwa ahli-ahli jamaah. Akhirnya munculllah dua wala’ dalam jamaah. Jamaah dalam jamaah. Mesyuarat selepas mesyuarat dan banyak lagi perkara yang serba dua. Jamaah perlu nyalakan kembali api tarbiyyah. Biarlah orang kata ketinggalan. Namun dengan tarbiyyah itulah Pas telah sampai ketahap sekarang….

Jangan lupa diri..Kutip kembali harga perjuangan yang terlerai itu.

Ust. Mokhtar Senik -Timb. Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang

Tazkirah : Pastikan berada di lorong yang betul


“Adalah tidak mustahil nasib politik pro-Islam akan dipersia-siakan apabila pentadbiran kuasa tidak berada dalam tangan mereka. Sekalipun mereka yang membantu kenaikan kuasa politik berkenaan.

Dalam sejarah al-Ikhwan al-Muslimin, mereka pernah membantu revolusi yang dibuat oleh Jamal Abd al-Nasir sehingga beliau berjaya menjadi Presiden Mesir. Bahkan kemenangan Jamal ‘Abd al-Nasir itu sebenarnya kerana bantuan Gerakan al-Ikhwan al-Muslimin. Mereka juga yang membela Jamal pada peringkat awal semasa rakyat sudah mula tidak puas hati dengannya.


Malangnya, Jamal ‘Abd al-Nasir yang pernah berbai’ah dengan wakil Hasan al-Banna dan berjanji setia untuk membela Islam itu berubah sama sekali setelah menjadi Presiden. Dia yang mengetahui banyak rahsia-rahsia pergerakan al-Ikhwan telah menggunakan ‘kepakarannya’ itu untuk memusuhi al-Ikhwan habis-habisan.

Ramai pemimpin al-Ikhwan yang ditangkap dan dibunuh. Dialah juga yang menggantung Syed Qutb, ‘Abd al-Qadir ‘Audah dan lain-lain. Dari seorang teman yang dibantu, menjadi musuh yang memburu. Sebabnya, kerana pemimpin al-Ikhwan tidak berhati-hati melihat kepercayaan dan dasar yang dipegang oleh Jamal ‘Abd al-Nasir yang seakan memakai ‘baju pro-Islam’ pada peringkat awal.

Namun, apabila menjadi Presiden, dia telah menanggal baju tersebut dan jelaslah akidah sebenar yang dianutinya iaitu ‘pro-sosialis’ dan dia sebenarnya talibarut Soviet Rusia. Memang, Soviet Rusia akhirnya menjadi begitu rapat dengan Mesir, bahkan Soviet telah menjadi kiblat pentadbiran sosialis Jamal ‘Abd al-Nasir.

Terbukti tuduhan terhadap Jamal sebelum itu bahawa dia ‘tali barut’ Soviet Rusia adalah benar. Topeng Islamnya adalah mainan politik. Jamal yang terkenal dengan slogan dan kepetahannya telah menjadi idola masyarakat ‘Arab. Sementara Al-Ikhwan terpaksa membayar harga kesilapan itu dengan menjadi kelompok yang paling ditindas dan diseksa.

Akhirnya, al-Ikhwan terpaksa berjuang dengan airmata, penjara dan darah berhadapan dengan seorang Presiden yang memegang tampuk kuasa dengan bantuan mereka sendiri.

Alangkah baiknya, jika para pencinta Islam berhati-hati dalam langkah-langkah mereka. Jangan sampai suatu hari mereka terpaksa bertempur dengan musuh yang ditegakkan oleh mereka sendiri. Musuh itu pulak akan lebih licik kerana banyak mengetahui rahsia mereka.

Kemenangan Islam mestilah melalui denai dan lorong yang diredhai oleh Islam. Jika kita melalui jalan yang asing bersama orang lain, mungkin orang lain akan sampai ke destinasinya, tetapi kita akan tersesat jalan.

Ingatlah selalu firman Allah yang memberi amaran kepada baginda Nabi s.a.w agar tidak terpengaruh dengan tawaran kemenangan segera tanpa melalui jalan yang diredhai Allah. Firman Allah:

(maksudnya) Dan sesungguhnya hampir mereka dapat memesongkanmu (Wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya; dan (kalau engkau melakukan yang demikian) tentulah mereka menjadikan engkau sahabat karib. Dan kalaulah tidak Kami tetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sudah mendekati dengan menyetujui sedikit kepada kehendak mereka. Jika (engkau melakukan yang) demikian, tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan yang berganda semasa hidup dan kesengsaraan yang berganda juga semasa mati; kemudian engkau tidak beroleh penolong pun terhadap hukuman kami. (Surah al-Isra`: 73-75).

16 September : Strategi Anwar tersasar?



Mon Oct 06, 08 3:12:37 pm MYT
Banyak cakap-cakap politik termasuk di warung kopi mempertikai kegagalan usaha Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membentuk kerajaan Pakatan Rakyat pada 16 September lalu.

Walaupun pelbagai alasan diberikan, namun ada yang melihat sejak peristiwa 16 September tidak menjadi kenyataan mereka tidak lagi mengimpikan kerajaan baru jika tiada bukti kukuh yang boleh mengesahkan pembentukan atas dasar lompt parti.
Ia bukan bermaksud tidak menerima usaha Anwar namun, rakyat lebih mahu jika sesuatu yang dirancang itu bukan setakat untuk dihebahkan tetapi menuju kejayaan yang memberi keuntungan kepada rakyat.
Namun menilai semula titik bengit '16 September'yang kini menanti '16 Oktober' ada yang melihat sekiranya Pakatan Rakyat menerajui Malaysia ini, persoalannya samada Dato? Seri Anwar Ibrahim (DSAI) seorang yang layak menjadi Perdana Menteri atau sebaliknya?
Pastinya di minda para penyokong Anwar, nama Ketua Umum KeADILan itu menjadi ratib untuk mengisi jawatan nombor satu negara kerana bagi mereka berdasarkan pengalaman Anwar benar layak mentadbir.
Begitupun ada yang secara jujur melihat bahawa untuk faedah kepada rakyat yang mahukan perubahan pimpinan kerajaan adalah lebih utama jika Pakatan Rakyat sementara membincangkan siapa bakal menjadi Perdana Menteri.
Persoalan siapa bakal menjadi Perdana Menteri seharusnya tidak timbul kerana pastinya muafakat antara parti-parti yang bersatu di bawah Pakatan Rakyat boleh menyelesaikan titik pertembungan yang kurang enak dibahaskan ini.
Paling penting yang menjadi misi utama ialah Pakatan Rakyat menerajui negara tatkala Barisan Nasional mengenakan pelbagai cubaan untuk menyekat Pakatan Rakyat daripada melakukan perubahan pemerintahan negara.
Dalam hal ini rakyat di peringkat bawahan melihat Anwar sebagai 'pencetus perubahan' seharusnya mengubah strategi dan mempelbagaikan strategi sesuai dengan perkembangan politik semasa serta sentimen perkauman yang dimainkan oleh pihak tertentu.
Ada yang sinis menyatakan adakah usaha membentuk kerajaan itu seolah-olah hanya mampu dilakukan Anwar berseorangan tanpa sokongan tiga pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat.
Tidak salah sekiranya dalam mewar-warkan angin perubahan ini, Anwar sepatutnya sudah menanamkan keyakinan kepada rakyat, penyokong dan ahli Pakatan Rakyat bahawa sekiranya apa-apa berlaku pada dirinya Pakatan Rakyat mempunyai ramai pemimpin untuk meneruskan agenda perubahan.
Malah Pakatan Rakyat mempunyai ramai pemimpin yang berkaliber, professional dan berpengalaman untuk dilantik menjadi Perdana Menteri baik dari KeADILan, PAS, DAP atau mungkin dari mereka yang akan melompat parti.
Oleh kerana seolah-olah sekarang penyokong dan penentang Pakatan Rakyat ditanamkan dalam minda mereka hanya Anwar yang layak jadi Perdana Menteri, maka pelbagai tekanan terutamanya serangan peribadi dihadapkan ke atas Anwar.
Isu perkauman, isu kononnya kurang ahli Parlimen Melayu dalam kerajaan Pakatan Rakyat dan isu kerjasama Anwar-USA dijadikan bahan semata-mata untuk menyekat naluri perubahan yang dikehendaki rakyat.
Ia belum ditambah lagi dengan momokan buruk media terhadap Anwar selain melagakan antara pemimpin DAP, PAS serta KeADILan.
Seharusnya Anwar dapat membaca permainan kotor kerajaan Umno/BN yang tidak mahu kerajaan yang mempunyai lubuk wang melalui Petronas, hasil bumi, cukai dan balak terlepas kepada Pakatan Rakyat.
Pengalaman 'terkena' pada tahun 1998 seharusnya menjadi pedoman kepada Anwar untuk mengatur strategi yang tidak hanya diterjemah di dada media sebaliknya menjadi realiti.
Satu formula kongsi kuasan haruslah diadakan untuk menangani isu ini dengan pembahagian jawatan kabinet dan jawatan Timbalan Menteri mengikut peratusan kaum sedia ada yang diamalkan Barisan Nasional, mengikut peratusan pengundi, mengikut peratusan kaum atau mengikut peratusan ahli parlimen dan seterusnya.
Selain dari itu kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat serta pimpinan Pakatan Rakyat seharusnya menilai prestasi setiap wakil rakyat dan ahli Parlimen mereka sejauh mana menjalankan tanggungjawab mereka.
Ini akan menunjukkan keseriusan dan kesungguhan Pakatan Rakyat untuk menerajui Malaysia secara amnya. - mr

Sunday, October 5, 2008

PUASA QADHA + ENAM


FATWA PUASA QADHA
NIAT QADHA + PUASA ENAM SYAWAL SERENTAK.

Soalan: Adakah boleh bagi seseorng mengqadhakan puasa ramadhan dan sekaligus dikira termasuk dlm puasa enam syawwal.

Jawapan.

kebanyakan di kalangan ulama' mengharuskan puasa sunnat digabungkan dgn puasa fardhu, tidak sebaliknya. ini sebagaimana dijelaskan oleh Imam Nawawi dalm Al-Minhaj, Jalaluddin Almahalli dlm syarah minhaj. Begitu juga Imam Ramli tlh memfatwakan bahawa ia dibolehkan.
Berkata Syeikh Doktor Ali Jum'ah (Mufti Mesir) ; Berdasarkan ini , harus bagi perempuan mengqadhakan puasa ramadhan yg di tinggalkannya di bulan syawwal. dgn itu memadailah ia daripada puasa enam hari di bulan syawwal, dan ia mendapat pahala tersebut (Qadha dan 6 syawal).
Tetapi jika kita ingin mengasingkan antara kedua2 puasaa tersebut adalah lebih baik.
(sila rujuk Al-bayan Dr Ali Jumah Ms 304-305)
Posted by Khairul Azmi Ismail at 8:56 PM 0 comments

Manhaj Rabbani : Menangani Informasi Negatif (Apatah lagi antara ahli dengan kepimpinan)

Posted by Abu Amirah As-Salimbari
Pilu rasanya apabila melihat ahli-ahli saling meremeh, merendahkan, menyindir dan menempelak antara satu sama lain atas isu-isu yang mereka sendiri pun tidak beberapa jelas.... Lebih menyedihkan apabila ada ahli dan kepimpinan bawahan turut terjebak dalam memperlekeh, merendah dan meremehkan kepimpinan atasan jamaah atas isu-isu yang mereka sebenarnya juga tidak berapa jelas dan pasti hakikatnya!
Marilah kita kembali kepada akhlak Islam dalam menanganinya dengan meletakkan – kelapangan hati, kerendahan jiwa, kemaafan, husnuz zon (sangka baik), kasih sayang, thiqah, kepercayaan dan tuntutan ukhuwwah – sebagai asas terpenting mendahului segala-galanya.. Firman Allah s.w.t. di dalam surah An-Nur ayat 11-16, mafhumnya :
“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari segolongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. [11]
Mengapakah di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berprasangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: Ini adalah suatu berita bohong yang nyata?! [12]
Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu?! Oleh karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta. [13]
Sekiranya tidak ada karunia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan di akhirat, niscaya kamu ditimpa azab yang besar, karena pembicaraan kamu tentang berita bohong itu. [14]
(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar. [15]
Dan mengapa kamu tidak berkata, di waktu mendengar berita bohong itu : Sekali-kali tidaklah sepatutnya bagi kita memperkatakan hal seperti ini. Maha Suci Engkau (Ya Tuhan kami), ini adalah dusta yang amat besar.”[16]
Secara ringkasnya, beberapa panduan Rabbani dapat kita rujuk dari peristiwa Ifk (peristiwa fitnah ke atas Aisyah r.a., isteri Nabi s.a.w. dengan seorang sahabat) tersebut :
1. Tidak Mencari-Cari Keburukan & Menyebarkan Isu
Ada di antara ahli jamaah dan kepimpinan kadang-kadang ditimpa bencana memiliki hati yang berpenyakit. Mereka ini amat suka mendengar, memberi perhatian dan mencari-cari keburukan-keburukan sesama anggota.
Seronok kerana kononnya memiliki banyak rahsia buruk ahli jamaah maupun pimpinan dan merasa bangga apabila boleh menceritakannya kepada orang lain. Merasa diri hebat sebab boleh bercerita tentang keburukan pimpinan itu, kelemahan pimpinan ini, kesilapan ahli itu, kejahatan ahli ini dan sebagainya. Lebih seronok lagi jika ceritanya itu mendapat sambutan dan bilangan pelawat blog-nya semakin meningkat.
2. Berprasangka Baik dan Berusaha Melihat Sisi Positif
Salah satu sikap yang mesti dimiliki oleh anggota jamaah dalam hubungannya sesama ahli atau kepimpinan ialah sikap ber-husnuzon (berprasangka baik) kepada saudara kita sesama mu’min – siapa pun dia dan dari kelompok apapun mereka - sepanjang ia atau mereka dikenal keikhlasannya dan perjuangannya untuk Islam dan meninggikan kalimatulLah. Lihatlah kesilapan dan kelemahan yang berlaku dari sisi yang positif agar dapat memelihara hati kita dari kotor dan prasangka.
Kemungkinan pimpinan tersebut tersilap, tapi mungkin dalam situasi tersebut hanya itulah pilihan yang terbaik yang ada menurut pendapatnya. Kita berusaha semampu mungkin bersangka baik bahawa tindakan-tindakan tidak popular yang diambil oleh sesetengah pimpinan kita tersebut datangnya dari jiwa mereka yang ikhlas dan cinta kepada perjuangan. Cuma, tindakan tersebut mungkin bukanlah yang terbaik. Apakah berbaloi kita mencemuh kesilapan tersebut sampai berlebihan meremehkan keikhlasan dan kecintaan mereka terhadap perjungan???
3. Berlapang Dada Terhadap Kesilapan & Bersikap Pemaaf
Mana-mana ahli atau kepimpinan jamaah adalah kumpulan manusia yang pasti tidak terkecuali dari tersilap atau melakukan kesilapan. Setiap ijtihad, pandangan dan pendekatan strategic, tetap terdedah kepada kesilapan sebagaimana perkataan Imam Asy-Syafi’i rahimahulLah ;
“Ra’yi shawaab walakin yahtamilul khatha’ wa ra’yu ghairi khatha’ walakin yahtamilush shawaab
(pendapatku benar tapi mungkin saja salah, dan pendapat selainku adalah salah tapi mungkin saja benar).
Kepimpinan peringkat mana pun mereka tetap terdedah kepada kesilapan. Walaubagaimana pun, air yang banyak melimpah lebih dari dua kolah tidak terjejas dengan sedikit najis yang jatuh ke dalamnya. Kesilapan kecil yang dilakukan oleh kepimpinan tersebut tidaklah sepatutnya menjejaskan segala jasa baktinya, sumbangan tenaga dan pengorbanan yang melimpah ruah, kesetiaan dan segala kelebihan yang dimiliki yang melayakkan dia duduk di level tersebut…
4. Jangan Memandang Remeh Budaya Penyebaran Isu Liar
Menganggap sinis dan membiarkan isu-isu liar tersebar di kalangan anggota jamaah hanya akan melukakan ukhuwwah islamiyyah, mencarik rasa hormat sesama sendiri, menebalkan sikap kepuakan, memecah belahkan saff perjungan dan boleh melemahkan organisasi jamaah. Jamaah yang lemah ini akan semakin hilang upayanya untuk menanggung beban perjuangan yang berat dan semakin mencabar!
Bayangkan saudara.. dalam kesibukan kita dengan sepak terajang politik bersama segala seninya, rancak bermuqabalah untuk mengajak orang lain bersama kita, bercita-cita mengambil alih kuasa... isu-isu yang cukup mendasar sepenting UKHUWWAH ini pun masih banyak yang belum selesai... mampukah bangunan jamaah ini menanggung beban yang semakin bertambah, kalau bata-batanya binaannya masih tidak diikat dengan kuat dan tersusun kukuh

PELIK TAPI BENAR

Baru2 ini ana sering kali berulang alik dari maran ke kuantan. di sepanjang perjalanan sudah menjadi kebiasaan bila menjelang eidul fitri banyaklah sepanduk2, banner2 ucapan hari raya. apa yg menarik perhatian saya ialah yg banyak saya lihat di sekitar dun inderapura khususnya apabila terpampang wajah Yb umno yg pakai serban, kalau pmpinan pas pakai serban dah jadi perkara biasa, tapi bila yb umno pakai serban mmg agak luar biasa. apakah motif pakai serban tersebut? moga2 itulah kejayaan madrasah ramadhan yg dilalui, bkn dgn tujuan yg lain. ana cadangkan supaya yb dpt teruskan dgn pakaian tersebut walaupun apa org kata. tapi jgn lupa bahawa Islam bukan hanya pada serban semata2 tapi Islam merangkumi segala aspek kehidupan. ana doakan juga mungkin dgn pakaian tersebut melambangkan perubahan yg akan dilakukan oleh yb, termasuklah meninggalkan perjuangan umno dan kembali kepada perjuangan Islam.