Tuesday, September 23, 2008

FATWA

(FATWA ULAMA)
BERGEMBIRA DI HARI RAYA.



Soalan:

“Apakah hukum bermain, berseronok dan berjaga malam pada hari raya menurut pandangan agama?.”


Jawapan:

Pada perayaan-perayaan yang disyariatkan seperti Eidul Fitri dan Eidul Adha, tidak mengapa berseronok dengan sesuatu yang baik dan dibenarkan, serta melahirkan perasaan suka dan gembira di atas kesempurnaan nikmat berpuasa dan ibadah haji.

Di antara keseronokan yang dibenarkan ialah nyanyian yang baik yang tidak merosakkan fikiran dan akhlak. Sesungguhnya ada riwayat yang sahih menyatakan bahawa Nabi S.A.W sendiri mendengar dan membenarkan ‘Aisyah mendengar nyanyian pada hari raya. Apabila dia ditegur oleh ayahnya Abu Bakar As-Siddiq, Rasulullah S.A.W memberitahu bahawa hari itu adalah hari raya dan bagi setiap kaum ada perayaannya.
Dan ada riwayat yang kuat menyatakan bahawa Nabi S.A.W bersama-sama Saiyidatina ‘Aisyah melihat orang Habshah bermain anak panah di masjidnya .

Ada hadis menyebut :

( ان لربك عليك حقا، ولبدنك عليك حقا )

Maksudnya:
“Sesungguhnya ke atasmu ada hak terhadap Tuhanmu, dan ada hak ke atas tubuh badanmu”.

Rasulullah S.A.W bersabda kepada Hanzalah yang sedang melakukan ibadat kerohanian di sisinya. Apabila dia keluar di sampingnya dia mengambil berat tentang keluarga dan hartanya :

( يا حنظلة ساعة وساعة )
Maksudnya:
“Wahai Hanzalah satu masa (melakukan ibadat) dan satu masa (dengan urusan keluaga dan lain-lain) ”.

Baginda mengulanginya 3 kali. Rasulullah S.A.W bergurau dan tidak berkata melainkan yang benar .

Berseronok, jika ianya mengikut had-had yang ditentukan oleh syara’, tidak ada halangan untuk melakukannya jika ia tidak keterlaluan. Adapun jika terkeluar dari adab-adab Islam dan berseronok dengan cara yang bertentangan dengan agama dan adab-adab Islam ia pasti perlu ditegah .
Menurut riwayat yang lain Rasulullah S.A.W bersabda:

( لتعلم يهود أن في ديننا فسحة )

Maksudnya :
“Supaya orang-orang yahudi mengetahui bahawa di dalam agama kita ada kelonggaran”.
Dan ada riwayat yang kuat menyatakan bahawa Nabi S.A.W bersama-sama Saiyidatina ‘Aisyah melihat orang Habshah bermain anak panah di masjidnya .

Ada hadis menyebut :

( ان لربك عليك حقا، ولبدنك عليك حقا )

Maksudnya:
“Sesungguhnya ke atasmu ada hak terhadap Tuhanmu, dan ada hak ke atas tubuh badanmu”.

Rasulullah S.A.W bersabda kepada Hanzalah yang sedang melakukan ibadat kerohanian di sisinya. Apabila dia keluar di sampingnya dia mengambil berat tentang keluarga dan hartanya :

( يا حنظلة ساعة وساعة )
Maksudnya:
“Wahai Hanzalah satu masa (melakukan ibadat) dan satu masa (dengan urusan keluaga dan lain-lain) ”.

Baginda mengulanginya 3 kali. Rasulullah S.A.W bergurau dan tidak berkata melainkan yang benar .

Berseronok, jika ianya mengikut had-had yang ditentukan oleh syara’, tidak ada halangan untuk melakukannya jika ia tidak keterlaluan. Adapun jika terkeluar dari adab-adab Islam dan berseronok dengan cara yang bertentangan dengan agama dan adab-adab Islam ia pasti perlu ditegah .

[ Ahsanul Kalam Fil-Fatawa Wal-Ahkam, Sheikh ‘Athiyyah Saqr. Jilid:3 . MS: 683]

No comments: