Friday, September 26, 2008

SUMBANGAN UTK MANGSA ISA

Pemuda PAS Pahang sumbang RM5 ribu kepada tabung ISA

Anis Nazri anisnazri@harakah.net.my Fri Sep 26, 08 11:42:07 pm MYT

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Hrkh) - Dewan pemuda PAS Pahang menyampaikan sumbangan berjumlah RM 5000 sebagai bantuan meringankan beban keluarga tahanan ISA, khususnya menjelang Syawal akan datang.
Iklan





Pemangku Ketua Pemuda PAS Pahang, Suhaimi Md Saad, dalam kunjungan ke pejabat Harakah, hari ini menyampaikan sumbangan tersebut kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) melalui Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, pagi tadi.
Menurut Suhaimi, sumbangan tersebut menunjukkan kebersamaan dewan itu dengan isteri-isteri tahanan ISA dalam memahami dan menyelami kesengsaraan keluarga tahanan yang ditinggalkan.
Dalam pada itu, aktivis GMI, Norlaila Othman, yang turut hadir, menyatakan bahawa Suhaimi dan Pemuda PAS Pahang sentiasa komited dalam isu kebajikan keluarga tahanan ISA.
"Bukan baru sekarang, ustaz dan Pemuda Pahang membantu GMI. Tetapi dari dahulu lagi. Malah, ustaz juga yang berjaya menjual buku 'Dunia Tanpa Suami' tulisan saya dan beberapa rakan lain dengan bilangan yang banyak," kata beliau.
Sementara itu, Ahmad Lutfi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan Pemuda PAS Pahang atas sumbangan ikhlas yang diberikan kepada GMI untuk meringankan beban keluarga ISA.
Beliau turut mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para pembaca Harakah yang tidak putus-putus menyalurkan bantuan ke tabung yang diwujudkan Harakah bagi tujuan tersebut.
"Pada awalnya, kami di Harakah tidak menjangkakan akan mendapat sambutan yang begitu baik dari seluruh masyarakat. Sehingga hari ini, tabung kami telah mencecah hampir RM 100 ribu dan sebahagiannya sudah disampaikan kepada GMI dan keluarga tahanan sendiri," kata beliau.
Dalam majlis sama, Harakah turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM 30 000 kepada GMI.
Sebelum ini, dalam rangka misi Harakah ke Sabah bagi menemui keluarga tahanan ISA, sebanyak RM15 000 berjaya disampaikan kepada sepuluh keluarga, termasuk anak-anak kecil tahanan ISA.
Tinjauan Harakah selama dua hari bermula 23 Sept hingga 24 Sept lalu turut menyaksikan kebanyakan anak-anak Sabah tidak berpeluang bersekolah kerana kesempitan hidup.
Atas kesedaran tentang kepentingan ilmu, Harakah sekali lagi berusaha untuk mengumpul dana bagi membantu anak-anak Sabah dapat meneruskan kehidupan mereka seperti kanak-kanak lain untuk mendapat hak pendidikan sewajarnya.
Bagi pembaca yang prihatin dengan nasib malang keluarga mangsa ISA dan anak-anak Sabah yang keciciran ini, sila hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336. - mr _

Thursday, September 25, 2008

FATWA ZAKAT 1

FATWA ZAKAT 1

BAYAR ZAKAT KEPADA JAMAAH ISLAM

Sudah menjadi perkara yg diketahui umum bahawa zakat wajib diserahkan kepada lapan asnaf (golongan seperti yg diterangkan secara jelas dlm ayat 60 surah attaubah.

Di antara lapan asnaf tersebut ialah "FISABILILLAH". Para ulama sepakat bahawa JIHAD termasuk di dalam FISABILILLAH.

Peersoalan yg ingin dilontarkan disini ialah :

ADAKAH BOLEH DIBERIKAN ZAKAT KEPADA JAMAAH ISLAM DAN IA TERMASUK DLM ASNAF FISABILILLAH?

Berkata Dr Yudof Al Qaradhawi di dalam Fiqhuzzakah :
"Sesungguhnya jihad di dalam Islam tidak khusus kepada peperangan dan pertembungan persenjataan sahaja. Diriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah ditanya mengenai jihad yg paling afdhol? Baginda menjawab:

افضل الجهاد كلمة حق عند سلطان جائر

)Sebaik-baik jihad ialah kata-kata yg benar (teguran) kepada pemimpin yg zalim) (Hadis sahih riwayat Nasaie dan Ahmad)

Imam Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Hibban dan AlHakim meriwayatkan bahawa Nabi bersabda:

جاهدوا المشركين باموالكم وانفسكم والسنتكم)

(Perangilah golongan musyrikin dengan harta benda, jiwa raga dan lidah-lidah kamu)

Syeikh Rasyid Redha R.H pernah menyatakan bahawa di antara fisabilillah ialah USAHA-USAHA MENGEMBALIKAN PEMERINTAHAN ISLAM. Dan juga KERJA-KERJA DAKWAH DAN MEMPERTAHANKAN ISLAM.

Kesimpulan:
Memberi zakat kepada jamaah Islam yg ingin mengembalikan pemerintahan Islam dan melakukan kerja-kerja dakwah adalah termasuk di dalam asnaf fisabilillah.

(Utk keterangan lanjut sila rujuk fiqhuzzakah Dr Qaradhawi, Ahkam Zakah S.Abdullah Nasih Ulwan dll)

Disunting oleh Abu Basyir Al-Muqri (maran)

Tuesday, September 23, 2008

FATWA HARIRAYA 2


ZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA.

Soalan:
“Ramai dari kalangan orang Islam menitik berat tentang ziarah kubur selepas menunaikan sembahyang hari raya, adakah disyariatkan ziarah seperti ini?”


Jawapan Syeikh Athiyyah Saqr (Mantan Ketua Majlis Fatwa Al-Azhar)

Hukum asal bagi ziarah kubur adalah sunnat, kerana ia boleh mengingatkan seseorang tentang hari akhirat.
Di sebut di dalam hadis Nabi S.A.W sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah R.A dia berkata:

“Nabi S.A.W menziarahi kubur ibunya lalu dia menangis dan orang yang disampingnya juga menangis, kemudian dia bersabda:

( استأذنت ربي في أن أستغفرلها فلم يؤذن لي، واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي، فزوروا القبور فانها تذكر الموت )
Maksudnya:
“Aku meminta izin dari Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, maka ziarahilah kubur kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian”.

Ibnu Majah meriwayatkan dengan sanad yang sahih sabda Nabi S.A.W:

( كنت نهيتكم عن زيارة القبور، فزوروا القبور فانها تزهد في الدنيا وتذكر الأخرة )
Maksudnya:
“Adalah aku dahulunya menghalang kamu dari menziarahi kubur, maka (sekarang) ziarahilah kubur, kerana ia boleh menjadikan kamu zuhud terhadap dunia dan mengingati akhirat”.
Ziarah kubur tidak mempunyai waktu yang tertentu. Sebahagian ulama’ menyatakan bahawa pahalanya lebih besar pada hari-hari yang tertentu seperti hari Khamis dan Jumaat, kerana kuatnya hubungan di antara roh-roh dengan si mati. Pendapat ini tidak mempunyai dalil yang kuat.

Dengan ini kita dapat simpulkan bahawa menziarahi kubur selepas dari sembahyang hari raya, jika ia bertujuan untuk mengambil peringatan dan mengingati mereka yang telah mati yang dahulunya bersama-sama mereka berseronok di hari raya, serta memohon rahmat dari Allah S.W.T untuk mereka dengan berdoa, ini semua tidak mengapa dilakukan oleh orang lelaki.

Adapun bagi perempuan, hukum mereka menziarahi kubur telah dibincangkan pada jilid pertama, ms:588 dari kita fatwa ini.

[Di dalam perbincangan tersebut, pendapat yang dipilih oleh sheikh ialah hukumnya makruh jika dibimbangi akan berlakunya perkara yang haram seperti meratap dan lain-lain, jika perkara haram tersebut tidak dapat dielakkan maka hukumnya adalah haram –ringkasan dari fatwa tersebut oleh penterjemah]

Adapun jika menziarahi kubur selepas solat hari raya untuk memperbaharui kesedihan dan untuk menerima takziah di atas kubur, atau dengan mendirikan bangsal dan menyediakan tempat untuk menerima takziah, maka ia ditegah. Ini kerana takziah selepas dari mayat dikebumikan lebih dari tiga hari adalah dilarang, samada larangan dalam bentuk haram atau makruh. Juga kerana hari tersebut adalah hari raya, hari bergembira dan berseronok yang sepatutnya tidah ditimbulkan perasaan sedih padanya.

[Ahsanul Kalam Fil-Fatawa Wal-Ahkam, Sheikh ‘Athiyyah Saqr, Jilid: 6, MS: 646-647]

FATWA

(FATWA ULAMA)
BERGEMBIRA DI HARI RAYA.



Soalan:

“Apakah hukum bermain, berseronok dan berjaga malam pada hari raya menurut pandangan agama?.”


Jawapan:

Pada perayaan-perayaan yang disyariatkan seperti Eidul Fitri dan Eidul Adha, tidak mengapa berseronok dengan sesuatu yang baik dan dibenarkan, serta melahirkan perasaan suka dan gembira di atas kesempurnaan nikmat berpuasa dan ibadah haji.

Di antara keseronokan yang dibenarkan ialah nyanyian yang baik yang tidak merosakkan fikiran dan akhlak. Sesungguhnya ada riwayat yang sahih menyatakan bahawa Nabi S.A.W sendiri mendengar dan membenarkan ‘Aisyah mendengar nyanyian pada hari raya. Apabila dia ditegur oleh ayahnya Abu Bakar As-Siddiq, Rasulullah S.A.W memberitahu bahawa hari itu adalah hari raya dan bagi setiap kaum ada perayaannya.
Dan ada riwayat yang kuat menyatakan bahawa Nabi S.A.W bersama-sama Saiyidatina ‘Aisyah melihat orang Habshah bermain anak panah di masjidnya .

Ada hadis menyebut :

( ان لربك عليك حقا، ولبدنك عليك حقا )

Maksudnya:
“Sesungguhnya ke atasmu ada hak terhadap Tuhanmu, dan ada hak ke atas tubuh badanmu”.

Rasulullah S.A.W bersabda kepada Hanzalah yang sedang melakukan ibadat kerohanian di sisinya. Apabila dia keluar di sampingnya dia mengambil berat tentang keluarga dan hartanya :

( يا حنظلة ساعة وساعة )
Maksudnya:
“Wahai Hanzalah satu masa (melakukan ibadat) dan satu masa (dengan urusan keluaga dan lain-lain) ”.

Baginda mengulanginya 3 kali. Rasulullah S.A.W bergurau dan tidak berkata melainkan yang benar .

Berseronok, jika ianya mengikut had-had yang ditentukan oleh syara’, tidak ada halangan untuk melakukannya jika ia tidak keterlaluan. Adapun jika terkeluar dari adab-adab Islam dan berseronok dengan cara yang bertentangan dengan agama dan adab-adab Islam ia pasti perlu ditegah .
Menurut riwayat yang lain Rasulullah S.A.W bersabda:

( لتعلم يهود أن في ديننا فسحة )

Maksudnya :
“Supaya orang-orang yahudi mengetahui bahawa di dalam agama kita ada kelonggaran”.
Dan ada riwayat yang kuat menyatakan bahawa Nabi S.A.W bersama-sama Saiyidatina ‘Aisyah melihat orang Habshah bermain anak panah di masjidnya .

Ada hadis menyebut :

( ان لربك عليك حقا، ولبدنك عليك حقا )

Maksudnya:
“Sesungguhnya ke atasmu ada hak terhadap Tuhanmu, dan ada hak ke atas tubuh badanmu”.

Rasulullah S.A.W bersabda kepada Hanzalah yang sedang melakukan ibadat kerohanian di sisinya. Apabila dia keluar di sampingnya dia mengambil berat tentang keluarga dan hartanya :

( يا حنظلة ساعة وساعة )
Maksudnya:
“Wahai Hanzalah satu masa (melakukan ibadat) dan satu masa (dengan urusan keluaga dan lain-lain) ”.

Baginda mengulanginya 3 kali. Rasulullah S.A.W bergurau dan tidak berkata melainkan yang benar .

Berseronok, jika ianya mengikut had-had yang ditentukan oleh syara’, tidak ada halangan untuk melakukannya jika ia tidak keterlaluan. Adapun jika terkeluar dari adab-adab Islam dan berseronok dengan cara yang bertentangan dengan agama dan adab-adab Islam ia pasti perlu ditegah .

[ Ahsanul Kalam Fil-Fatawa Wal-Ahkam, Sheikh ‘Athiyyah Saqr. Jilid:3 . MS: 683]
PERNIAGAAN YG PASTI UNTUNG. (BKN SKIM CPT KAYA)

Modal: Keimanan kepada Allah dan rasul

Tindakan: Berjihad di jalan Allah dgn harta dan jiwa raga

Keuntungan: 1) Selamat dari Azab
2) Dapat keampuan dari Allah.
3) Masuk Syurga
4) Tmpat tinggal yg selesa di Syurga Adn
5) Pertolongan Allah dan kemenangan di dunia.

Panduan : Al-Quran, Surah asshof ayat 10-12

Monday, September 22, 2008

Al-Quran Sebagai Penyuluh Untuk Pendakwah


Apabila muncul 17 Ramadhan setiap tahaun kebanyakan negeri di Malaysia cuti umum, kerana mengingatkan peristiwa turunnya al-quran yang merupakan kitab suci yan terakhir yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi Muhammad SAW. Apabila turunnnya kitab ini maka segala syariat yang terdapat di dalam kitab yang lain termansukh. Inilah hebatnya al-Quran yang diturunkan kepada nabi kita Muhammad SAW yang merupakan nabi akhir zaman.


Keunikan al-Quran yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak kerana ia adalah kitab suci yang kekal sehingga hari qiamat. Ia dibawah peliharaan Allah yang maha agung. Al-Quran bukan buku novel biasa yang penuh khayalan, jauh sekali buku penglipurlara, tetapi ia adalah kalam Allah yang tidak boleh ditiru oleh orang kafir Quraish yang hebat dari segi kesusasteraan mereka yang sering dipamirkan di pasar ‘Ukaz.

Allah menjadikan nabi Muhammad SAW seorang yang ummi, jauh sekali seorang ahli sastera
Kita sebagai anggota jamaah Islam di negara ini yang sudah meletakkan asas yang kukuh di dalam perlembagaan parti Pas, bahawa rujukan kita ialah al-Quran, hadis, ijma’ dan qias. Pas boleh berjalan sampai kini kerana kita ada rujukan yang asas iaitu al-Quran. Kita tidak pernah hanyut walaupun kita di landa thunami, taufan dan banjir besar. Kerana kita mempunyai asas yang kukuh dalam perjuangan Islam iaitu al-Quran yang memberi aspirasi perjuangan kepada kita.

1.Al-Quran sebagai petunjuk
“ Demikianlah al-Kitab yang tidak ada keraguan padanya memberi petunjuk kepada orang yang bertaqwa” al-Baqarah:2

Al-Quran bukan diturunkan untuk memberi berkat kepada manusia sahaja, tetapi ia adalah panduan yang mesti dipegang oleh manusia di atas muka bumi ini agar ia tidak terpesong daripada hidup manusia. Kalau manusia mengambil lain daripada apa yang ditunjukkan oleh al-Quran maka manusia tidak akan berjumpa jalan dan pedoman dan akan berada di dalam kesesasatan yang nyata. Petunjuk al-Quran adalah jelas yang tidak diselindungi falsafah yang berbelit dan cerita dongengan yang direka

2.Al-Quran sebagai pembeza antara benar dengan yang salah.
Berpegang dengan al-Quran bermakna kita dapat membezakan antara yang benar dengan batil. Kerana al-Quran sebagai penyuluh yang terang, barang pasti ia tidak akan mengkaburkan peganutnya yang kuat berpegang dengan al-Quran. Kita mampu menghadapi segala bentuk kepalsuan yang dijelmakan oleh musuh-musuh Islam untuk menyekat sokongan terhadap Islam di negara ini. Kita sudah barang pasti ingat bagaimana rakyat di Malaysia yang dikaburkan dengan program Islamisasi tajaan Dr Mahathir waktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Semua badan-badan dakwah menyokong apa yang kerajaan bawa dengan anggapan bahawa Islam menghijau di zaman Dr. Mahathir. Sewaktu itu Pas menentang arus walaupun kita hanya keseorangan, kerana orang lain semuanya kena ubat bius program Islamisasi. Akhirnay ijtihad Pas yang menentang arus tepat apabila peristiwa pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari Umno setelah 17 tahun dengan arus Islamisasi.

Sekali lagi rakyat di tipu melalui program Islam hadhari yang dianjurkan oleh Dato’ Seri Abdullah Badwi ketika mula memegang jawatan Perdana Menteri. Pada peringkat awal ramai juga orang sudah terpukau, harapan baru kepada PM baru yang dianggap sebagai keturunan ulama’, datuk dan ayahnya sendiri sebagai ulama’ yang tersohor di sebelah utara. Harapan baru untuk rakyat Malaysia melihat Islam akan berkembang setelah kecewa dengan Dr. Mahathir yang dianggap orang yang tidak boleh diharap memberi tumpuan kepada Islam.

Tetapi Alhamdulillah Pas sebagai parti yang berpegang dengan al-Quran terus istiqamah menolak mentah-mentah Islam Hadhari. Maka terpaksa pihak kerajaan mengadakan bengkel untuk menolak hujah Pas. Dengan berkat petunjuk al-Quran maka tidak berapa lama terserlah wajah manusia yang hipokrit yang hendak Islam dengan gambar Imam islam Hadhari memegang perempuan dalam satu majlis dan disebar dengan meluas di internet, akhirnya Islam hadhari sudah tidak relevan seperti juga Umno yang tidak relevan di persada politik tanah air. Kita yakin Islam hadhari ciptaan manusia akan mati kerana ia bukan Islam hak milik Allah SWT.

3.Al-Quran mengkhabarkan balasan orang yang dusta kepada Allah SWT
Semua ini menjadi pengajaran kita sebagai duat (pendakwah) perlu memberi pengajaran kepada masyarakat supaya jangan mengulangi tabiat kaum yang sudah dibinasakan oleh Allah SWT. Pembalasan terhadap kaum yang mendustakan ayat Allah seperti melanda kepada kaum nabi Nuh yang ditenggelami banjir besar sehingga habis zuriatnya, kaum Hud yang dilanda ribut taufan, kaum nabi Soleh ditimpa gempa bumi. Kesemuanya ini alah gambaran yang Allah sebut di dalam al-Quran untuk menjadi pengajaran kepada kita supaya kita tidak mengulangi kesilapan mereka. Maka kita sebagai pendakwah perlu memberi amaran supaya masyarakat tidak terjebak dengan kancah kemurkaan Allah.

Sekarang ini negara yang dilanda dengan berbagai kesempitan rezki (kenaikan barang keperluan), rompakan, pembunuhan di sana sini Semua ini kerana maksiat yang dilakukan oleh manusia yang engkar kepada Allah. Kita yang tidak berdosa juga terpalit sama kerana angkara daripada perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Allah SWT telah menarik nikmat bahagia dan aman dalam negara ini.

Di Malaysia sekarang, kaya pun payah kerana perompak sentiasa mengintip kemana kita dan keluarga pergi. Kalau miskin pun payah kerana sempit hendak berbelanja kerana kenaikan harga barang yang melimpah melambung. Allah menarik nimat kerana manusia yang tidak bersyukur kepada Allah walaupun negara kita ini dilimpah dengan nikmat yang banyak seperti petroleum, kelapa sawit, balak, getah, mutiara dan berbagai lagi. Tapi tidak cukup, walaupun rakayat hanya 26 juta sahaja. Ini adalah bala yang Allah melanda negara kita pada hari ini.

4. Motivasi kepada pendakwah
Al-Quran menjelaskan bahawa mereka yang berjuang di jalan Allah dijanjikan kemenangan di atas muka bumi ini. Firman Allah SWT
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad) bahawa dia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah yang berkuasa dan dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka yang telah diredhaiNya untuk mereka dan dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).” (al-Nur:35).

Kemenangan adalah janji Allah, dan pasti akan diperolehi oleh mereka yang berjuang di atas agama Allah. Sebagaimana Allah memulakan dengan lafaz wa’ada bermaksud ‘telah menjanjikan” di mana kemenangan dunia kepada orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya. Jangan tanya bila Islam akan memerintah tetapi tanya bila masa kita menyumbang kerja-kerja untuk kemenangan Islam. Perjuangan bukan dihampari dengan permaidani merah tetapi dihampari dengan onar dan darah.
Janji ini bukan sahaja di tulis dalam al-Quran malahan dicatat dalam kitab zabur nabi Daud AS lagi. Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya’: 105

“Sesungguhnya telah kami wartakan dalam kitab Zabur selepas peringatan bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba yang soleh.”
Pesanan al-Syahid Syed Qutb pernah menyebut “kebatilan nampak kuat, tetapi tidak kekal, manakala kebenaran nampak lemah tetapi akan kekal”. Wallahua’lam

Saturday, September 20, 2008

Dollah bakal angkat kaki seawal bulan Syawal ini?

( SUMBER : www.n32.blogspot.com )

Usia politik Dollah sebagai Presiden Umno dan PM semakin ke maghrib. Tidak pernah sebelum ini mana-mana media arus perdana berani membayangkan tekanan yang dihadapi oleh mana-mana PM, tetapi sejak Khamis lepas sejurus mesyuarat Majlis Tertinggi Umno berbagai ulasan dan komentar dibuat.Antaranya bahawa dalam mesyuarat tersebut Dollah telah didesak agar berundur diri bukan pada tahun 2010 sebagaimana tarikh peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib tetapi seawal 9 Oktober depan iaitu terikh bila mana 191 bahagian-bahagian Umno seluruh Negara akan mengadakan mesyuarat agung masing-masing.


Dollah perlu angkat kaki kerana kalangan MT berpandangan besar kemungkinan beliau akan memperolehi kurang dari 50% pencalonan untuk jawatan Presiden yang sepatutnya dipertandingkan pada bulan Disember nanti. Nasib Dollah kelam, prestasinya menjunam dan Umno tidak mampu bertahan lagi kiranya beliau kekal sebagai teraju. Tamparan terbesar apabila BN tewas dengan majoriti luar biasa dalam PR kecil Permatang Pauh baru-baru ini.Masing-masing dalam MT khabarnya akui yang Umno semakin rapuh dan kini nazak di bawah Dollah (kecuali mengikut laporan Annuar Musa yang masih yakin pada Dollah). Jika Umno terus mahu kekal relevan sekurang-kurangnya Dollah mesti ditujukkan jalan keluar. Najib akan naik, kemungkinan besar berganding dengan Muhyuddin.


Tun Dr Mahathir akan kembali kepangkuan Umno dan turut membantu dalam aspek membina kembali ekonomi Negara. Begitu juga Ku Li dijangka akan diberikan peranan penting.Harga minyak dikatakan akan segera disemak semula, kemungkinan jatuh ke harga asal dahulu. Begitu juga dengan kadar dan kos lain yang melibatkan rakyat secara langsung. ISA juga dikatakan akan disemak semula, BPR diperkasakan, SPR dibebaskan, pembasmian kemiskinan dipertingkatkan dan berbagai lagi.


Dalam ertikata lain pelan “overhaul” buat Umno sedang dirangka dan Dollah perlu dirihatkan jika Umno mahu dipulihkan dari ketenatannya itu. (Menurut maklumat Dollah ditemani dengan banyak meja kosong semasa majlis berbuka puasa selepas mesyuarat MT, Dollah dipakaa terima signal bahawa beliau tidak diperlukan lagi).Itupun dengan syarat kekuatan PR diperingkat Parlimen tidak meningkat. Kiranya ia meningkat melampaui 112 kerusi, dan semua pihak dalam PR bersepakat dan berpuas hati, kemungkinan “overhaul” Umno akan terbengkalai begitu sahaja bagaikan kereta buruk dibengkel, yang sudah layak ditimbang untuk dibesi burukkan. Kerana jika itu berlaku Dollah, Najib dan rakan-rakan terpaksa beralih tempat, dan mula memanaskan kerusi pembangkang, sesuatu yang tidak pernah terbayang sebelum ini.


Oleh itu apa yang bakal berlaku selepas ini pasti semakin rancak dan menjadi tumpuan ramai. Cuma kita berdoa apa pun yang bakal terjadi, jadilah ia dengan segera, tanpa terus mencederakan nasib dan harapan rakyat kebanyakan. Biar Negara kekal aman dan damai, dan sama-sama kita bina ia menjadi kuat demi kepentingan semua, insyallah.

Thursday, September 18, 2008

selamat berjuang

selamat datang ke blog pemuda maran