Monday, July 20, 2009

Yang ni lagi parah...

Apa pandangan anda?


Ini kenyataan media dari seorang cina yang telah memeluk Islam.. Drs.Khalil Idham Lim

Berikutan dengan itu saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-

1. Saya menafikan bahawa gambar dan majlis yang didakwa sebagai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pihak diatas. Gambar tersebut dan upucara menyalakan lilin adalah semasa sesi Sidang Media pada jam 11.00pagi 17 July , bertempat di wisma DAP Ipoh. Sidang Media tersebut dianjurkan oleh Skretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh sekitar 20 ADUN PR dan pimpinan tertinggi parti.

2. Memegang lilin dan Colok bagi orang cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan. Kebetulan saya adalah bekas penganut agama Buddha selama 22 tahun sebelum memeluk Islam, saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China. Sebab itulah jika kita berkunjung dimana-mana mesjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual dimesjid.

Semasa sembahyang hari raya puasa atau haji, jangan terkejut bila kita menyaksikan kumpulan Imam dan Persatuan Islam serta AJK Mesjid berbaris masuk ke dalam mesjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir hari raya, dan sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang colok itu ditinggalkan diluar (saya ada koleksi gambar mengenai upucara ini).

3. Kami sama-sama memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media itu dan bukannya bertafakkur seperti yang diminta. Sebelum ini sudah sekian banyak teman bukan muslim yang menghormati upucara membaca doa dan pelbagai majlis.

4. Saya mempersoakkan kenapa perkara ini diperbesarkan termasuk oleh Bapak Prof kita yang nampaknya berat sebelah dalam menilai perlakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. kenapakah pokok persoalan asal yang lebih besar yakni tindakan menghilangkan nyawa yang merupakan hak Allah tidak dipersoalkan. Sepatutnya soal itu didahulukan dalam perkara ini.

5. Saya takut nanti pihak berkenaan nampak berani berkokok dalam masa lain melibatkan pemimpin UMNO senyap dan, "punggung penuh dengan najis".

6. Banyak lagi tindakan dan perlakukan pemimpin UMNO yang mengaku beragama Islam wajib ditegur olweh Bapak Prof. Kenapa hanya berdiam diri. Paling besar dalam persoalan upucara di Tugu negara yang telah difatwakan.

7. Saya berharap penjelasan ini meredakan suasana resah yang segaja menimbulkan firnah kepada kami serta tidak mustahil mengelirukan ahli PAS dan penyokong pakatan Rakyat.

Allahu Aklam....

Kenyataan media pada 20 July 2009

Drs.Khalil Idham Lim,
ADUN Titi Serong/
Ketua Penerangan PAS Perak

Saturday, July 11, 2009

Kabinet Dewan Pemuda PAS Pusat 2009-2011

Berikut adalah kabinet Dewan Pemuda PAS Pusat bagi sesi 2009-2011 yang telah dimuktamadkan dalam Bengkel Halatuju baru-baru ini:

BAHAGIAN OPERASI POLITIK DAN PILIHANRAYA

* Lajnah Politik – Pengerusi: Ustaz Nasrudin Hassan (Ketua DPPP)
* Lajnah Penerangan - Pengerusi: Suhaizan Kayat (Ketua Penerangan DPPP)
* Lajnah Pilihanraya dan Pengurusan Pengundi Muda – Pengerusi: YB Ustaz Mohd Firdaus Jaafar (Pengarah Pilihanraya) & Timb Pengerusi: Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
* Lajnah Perpaduan Nasional & Hubungan NGO – Pengerusi: Khairul Faizi Ahmad Kamil
* Jabatan Media Baru & Pendidikan Politik – Pengarah: Mohd Nazri Chik
* Unit Kajian & Maklumbalas Isu Semasa – Pengerusi: Abdullah Abdul Karim & Timb Pengerusi: Mior Isfandy Mior Azizan
* Jabatan Hal Ehwal Sabah dan Sarawak - Pengarah: Anuar Ali
* Lajnah Antarabangsa – Pengerusi: YM Dr Raja Iskandar

BAHAGIAN OPERASI DAKWAH & PROGRAM ANAK MUDA

* Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam – Pengerusi: Ustaz Riduan Mohd Nor & Timb Pengerusi: Ustaz Yussainee Yahya
* Lajnah Kebajikan & Prihatin Rakyat – Pengerusi: YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria & Timb Pengerusi: Mohd Nazri Din
* AMAL - Ketua Pengarah: Akan dilantik
* Sukan dan Hiburan (akan dijenamakan semula) – Pengerusi: Mohd Sany Hamzan
* Pekerja & Profesional Muda (akan dijenamakan semula) – Pengerusi: Zamakhshari Muhammad
* Remaja (akan dijenamakan semula) – Pengerusi: Akan dilantik
* Jabatan Pendidikan – Ketua Pengarah: Azrin

BAHAGIAN PERKADERAN, TARBIYYAH & LATIHAN KEPIMPINAN

* Akademi Kepimpinan Pemuda – Pengerusi: Ahmad Sabki Yusof (Naib Ketua) & Timb Pengerusi: Haji Zuraidin Abdullah
* Akademi Tarbiyyah Pemuda – Pengerusi: Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz

BAHAGIAN SOKONGAN STRUKTUR, KEWANGAN DAN SISTEM

* Majlis Setiausaha – Pengerusi: Kamaruzaman Mohamad, Penolong S/U 1: Khairul Faizi Ahmad Kamil, Penolong S/U 2: Ustaz Kamal Shaari & Penolong S/U 3: Ir Khairil Nizam
* Majlis Ekonomi Pemuda – Pengerusi: Mohd Adram Musa & Timb Pengerusi: Muhammad Sanusi Mohd Nor
* Jabatan ICT – Pengarah: Ahmad Zaidy Talib
* Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia – Pengarah: Zulqarnain Lukman

Friday, July 3, 2009

HUJAH... Senjata Dalam Peperangan Demokrasi

Ramai yang bertanya kepada soal wacana ilmiah Dewan Pemuda PAS Pusat. Banyak juga pandangan yg saya baca dalam blog-blog dan ruangan komen blog.

Saya menyokong apa sahaja pentas untuk berhujah sama ada namanya debat, wacana, forum atau apa sahaja medium. Seharusnya ia dilihat dari sudut positif. Ini budaya politik baru. Politik hujah merupakan amalan negara maju. PAS dan Pakatan Rakyat yg dilihat sebagai kerajaan menanti mesti menghidupkan budaya politik baru ini, tampil dengan hujah yang bergaya. Sementelah lagi kita daripada PAS yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan. Islam tegak dengan hujah

Politik hujah ini merupakan pendekatan yang telah kita terima sebelum ini.
Kita menyertai rancangan debat anjuran RTM, walaupun dalam rancangan itu ada sesetengah pemimpin kita tidak tampil dengan hujah bergaya, namun ia menjadi medan untuk pemimpin itu perbaiki mutu perbahasan
Sebahagian pemimpin Pakatan Rakyat muncul sebagai pembahas hebat dalam parlimen. Namun rakyat keseluruhannya tak dapat melihat kehebatan itu kerana tiada siaran langsung.
Dato Seri Anwar Ibrahim bertempur dengan Shabery Chik dalam isu kenaikan harga minyak.
Kelantan menganjur wacana ilmiah. Siri pertama yg menampilkan YB Dato Paduka Husam Musa, Khairy Menantu Perdana menteri (ketika itu)dan Dr Aziz Bari. Siri kedua YB Saifuddin Nasution, Dr Abu Hasan dan YB Fuad Zakarshi (gagal hadir dengan alasan dangkal)
Pimpinan kita terus hadir jika ada jemputan dalam rancangan Hujah TV 9 dan Awani Astro
Seingat saya inilah pendekatan YB Dato Mahfuz dan YB Salahuddin semasa beliau menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS
Zaman kegemilangan gerakan pelajar di Universiti dulu, pemimpin kita keluar masuk universiti menyertai debat, forum dan pelbagai wacana lain. Akhirnya pihak Universiti tidak lagi membenarkan pemimpin PAS untuk meyertai sebagai program kerana kekuatan hujah kita memalukan UMNO
Menolak pendekatan berhujah ini bermakna kita juga terpaksa merobohkan budaya politik baru yang sebahagiannya kita dah terima sebelum ini.

Kita tak seharusnya sekadar menjadi hero di atas pentas politik yg kita cipta sendiri. Pemimpin kita mesti dieksport untuk tampil di atas mana-mana pentas hujah... Kena faham maksud saya BERHUJAH bukan "berunding dalam gelap".

Kita tutup sebarang pintu rundingan namun pintu dakwah jangan ditutup.


Peperangan kita kini bukan menggunakan senjata... Hujahlah yang menjadi senjata ampuh kita. Buang pendekatan hujah bermakna kita membuang senjata dalam peperangan ini.


Saya sangat bimbang... kita berbeza pandangan bukan atas dasar rasional, takut-takut kita didorang rasa kebencian kita ke atas orang yang memberi pandangan. Semoga kita tak termasuk dalam perangai kelompok yang dilarang oleh Allah. Renunglah surah Al Maidah ayat yg ke 8

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak berlaku adil. Berlaku adil-lah kamu (kepada sesiapa jua) kerana adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Ustaz. Suhaimi Saat
KPPP