Ramai yang bertanya kepada soal wacana ilmiah Dewan Pemuda PAS Pusat. Banyak juga pandangan yg saya baca dalam blog-blog dan ruangan komen blog.
Saya menyokong apa sahaja pentas untuk berhujah sama ada namanya debat, wacana, forum atau apa sahaja medium. Seharusnya ia dilihat dari sudut positif. Ini budaya politik baru. Politik hujah merupakan amalan negara maju. PAS dan Pakatan Rakyat yg dilihat sebagai kerajaan menanti mesti menghidupkan budaya politik baru ini, tampil dengan hujah yang bergaya. Sementelah lagi kita daripada PAS yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan. Islam tegak dengan hujah
Politik hujah ini merupakan pendekatan yang telah kita terima sebelum ini.
Kita menyertai rancangan debat anjuran RTM, walaupun dalam rancangan itu ada sesetengah pemimpin kita tidak tampil dengan hujah bergaya, namun ia menjadi medan untuk pemimpin itu perbaiki mutu perbahasan
Sebahagian pemimpin Pakatan Rakyat muncul sebagai pembahas hebat dalam parlimen. Namun rakyat keseluruhannya tak dapat melihat kehebatan itu kerana tiada siaran langsung.
Dato Seri Anwar Ibrahim bertempur dengan Shabery Chik dalam isu kenaikan harga minyak.
Kelantan menganjur wacana ilmiah. Siri pertama yg menampilkan YB Dato Paduka Husam Musa, Khairy Menantu Perdana menteri (ketika itu)dan Dr Aziz Bari. Siri kedua YB Saifuddin Nasution, Dr Abu Hasan dan YB Fuad Zakarshi (gagal hadir dengan alasan dangkal)
Pimpinan kita terus hadir jika ada jemputan dalam rancangan Hujah TV 9 dan Awani Astro
Seingat saya inilah pendekatan YB Dato Mahfuz dan YB Salahuddin semasa beliau menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS
Zaman kegemilangan gerakan pelajar di Universiti dulu, pemimpin kita keluar masuk universiti menyertai debat, forum dan pelbagai wacana lain. Akhirnya pihak Universiti tidak lagi membenarkan pemimpin PAS untuk meyertai sebagai program kerana kekuatan hujah kita memalukan UMNO
Menolak pendekatan berhujah ini bermakna kita juga terpaksa merobohkan budaya politik baru yang sebahagiannya kita dah terima sebelum ini.
Kita tak seharusnya sekadar menjadi hero di atas pentas politik yg kita cipta sendiri. Pemimpin kita mesti dieksport untuk tampil di atas mana-mana pentas hujah... Kena faham maksud saya BERHUJAH bukan "berunding dalam gelap".
Kita tutup sebarang pintu rundingan namun pintu dakwah jangan ditutup.
Peperangan kita kini bukan menggunakan senjata... Hujahlah yang menjadi senjata ampuh kita. Buang pendekatan hujah bermakna kita membuang senjata dalam peperangan ini.
Saya sangat bimbang... kita berbeza pandangan bukan atas dasar rasional, takut-takut kita didorang rasa kebencian kita ke atas orang yang memberi pandangan. Semoga kita tak termasuk dalam perangai kelompok yang dilarang oleh Allah. Renunglah surah Al Maidah ayat yg ke 8
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak berlaku adil. Berlaku adil-lah kamu (kepada sesiapa jua) kerana adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Ustaz. Suhaimi Saat
KPPP
No comments:
Post a Comment