Monday, September 22, 2008

Al-Quran Sebagai Penyuluh Untuk Pendakwah


Apabila muncul 17 Ramadhan setiap tahaun kebanyakan negeri di Malaysia cuti umum, kerana mengingatkan peristiwa turunnya al-quran yang merupakan kitab suci yan terakhir yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi Muhammad SAW. Apabila turunnnya kitab ini maka segala syariat yang terdapat di dalam kitab yang lain termansukh. Inilah hebatnya al-Quran yang diturunkan kepada nabi kita Muhammad SAW yang merupakan nabi akhir zaman.


Keunikan al-Quran yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak kerana ia adalah kitab suci yang kekal sehingga hari qiamat. Ia dibawah peliharaan Allah yang maha agung. Al-Quran bukan buku novel biasa yang penuh khayalan, jauh sekali buku penglipurlara, tetapi ia adalah kalam Allah yang tidak boleh ditiru oleh orang kafir Quraish yang hebat dari segi kesusasteraan mereka yang sering dipamirkan di pasar ‘Ukaz.

Allah menjadikan nabi Muhammad SAW seorang yang ummi, jauh sekali seorang ahli sastera
Kita sebagai anggota jamaah Islam di negara ini yang sudah meletakkan asas yang kukuh di dalam perlembagaan parti Pas, bahawa rujukan kita ialah al-Quran, hadis, ijma’ dan qias. Pas boleh berjalan sampai kini kerana kita ada rujukan yang asas iaitu al-Quran. Kita tidak pernah hanyut walaupun kita di landa thunami, taufan dan banjir besar. Kerana kita mempunyai asas yang kukuh dalam perjuangan Islam iaitu al-Quran yang memberi aspirasi perjuangan kepada kita.

1.Al-Quran sebagai petunjuk
“ Demikianlah al-Kitab yang tidak ada keraguan padanya memberi petunjuk kepada orang yang bertaqwa” al-Baqarah:2

Al-Quran bukan diturunkan untuk memberi berkat kepada manusia sahaja, tetapi ia adalah panduan yang mesti dipegang oleh manusia di atas muka bumi ini agar ia tidak terpesong daripada hidup manusia. Kalau manusia mengambil lain daripada apa yang ditunjukkan oleh al-Quran maka manusia tidak akan berjumpa jalan dan pedoman dan akan berada di dalam kesesasatan yang nyata. Petunjuk al-Quran adalah jelas yang tidak diselindungi falsafah yang berbelit dan cerita dongengan yang direka

2.Al-Quran sebagai pembeza antara benar dengan yang salah.
Berpegang dengan al-Quran bermakna kita dapat membezakan antara yang benar dengan batil. Kerana al-Quran sebagai penyuluh yang terang, barang pasti ia tidak akan mengkaburkan peganutnya yang kuat berpegang dengan al-Quran. Kita mampu menghadapi segala bentuk kepalsuan yang dijelmakan oleh musuh-musuh Islam untuk menyekat sokongan terhadap Islam di negara ini. Kita sudah barang pasti ingat bagaimana rakyat di Malaysia yang dikaburkan dengan program Islamisasi tajaan Dr Mahathir waktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Semua badan-badan dakwah menyokong apa yang kerajaan bawa dengan anggapan bahawa Islam menghijau di zaman Dr. Mahathir. Sewaktu itu Pas menentang arus walaupun kita hanya keseorangan, kerana orang lain semuanya kena ubat bius program Islamisasi. Akhirnay ijtihad Pas yang menentang arus tepat apabila peristiwa pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari Umno setelah 17 tahun dengan arus Islamisasi.

Sekali lagi rakyat di tipu melalui program Islam hadhari yang dianjurkan oleh Dato’ Seri Abdullah Badwi ketika mula memegang jawatan Perdana Menteri. Pada peringkat awal ramai juga orang sudah terpukau, harapan baru kepada PM baru yang dianggap sebagai keturunan ulama’, datuk dan ayahnya sendiri sebagai ulama’ yang tersohor di sebelah utara. Harapan baru untuk rakyat Malaysia melihat Islam akan berkembang setelah kecewa dengan Dr. Mahathir yang dianggap orang yang tidak boleh diharap memberi tumpuan kepada Islam.

Tetapi Alhamdulillah Pas sebagai parti yang berpegang dengan al-Quran terus istiqamah menolak mentah-mentah Islam Hadhari. Maka terpaksa pihak kerajaan mengadakan bengkel untuk menolak hujah Pas. Dengan berkat petunjuk al-Quran maka tidak berapa lama terserlah wajah manusia yang hipokrit yang hendak Islam dengan gambar Imam islam Hadhari memegang perempuan dalam satu majlis dan disebar dengan meluas di internet, akhirnya Islam hadhari sudah tidak relevan seperti juga Umno yang tidak relevan di persada politik tanah air. Kita yakin Islam hadhari ciptaan manusia akan mati kerana ia bukan Islam hak milik Allah SWT.

3.Al-Quran mengkhabarkan balasan orang yang dusta kepada Allah SWT
Semua ini menjadi pengajaran kita sebagai duat (pendakwah) perlu memberi pengajaran kepada masyarakat supaya jangan mengulangi tabiat kaum yang sudah dibinasakan oleh Allah SWT. Pembalasan terhadap kaum yang mendustakan ayat Allah seperti melanda kepada kaum nabi Nuh yang ditenggelami banjir besar sehingga habis zuriatnya, kaum Hud yang dilanda ribut taufan, kaum nabi Soleh ditimpa gempa bumi. Kesemuanya ini alah gambaran yang Allah sebut di dalam al-Quran untuk menjadi pengajaran kepada kita supaya kita tidak mengulangi kesilapan mereka. Maka kita sebagai pendakwah perlu memberi amaran supaya masyarakat tidak terjebak dengan kancah kemurkaan Allah.

Sekarang ini negara yang dilanda dengan berbagai kesempitan rezki (kenaikan barang keperluan), rompakan, pembunuhan di sana sini Semua ini kerana maksiat yang dilakukan oleh manusia yang engkar kepada Allah. Kita yang tidak berdosa juga terpalit sama kerana angkara daripada perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Allah SWT telah menarik nikmat bahagia dan aman dalam negara ini.

Di Malaysia sekarang, kaya pun payah kerana perompak sentiasa mengintip kemana kita dan keluarga pergi. Kalau miskin pun payah kerana sempit hendak berbelanja kerana kenaikan harga barang yang melimpah melambung. Allah menarik nimat kerana manusia yang tidak bersyukur kepada Allah walaupun negara kita ini dilimpah dengan nikmat yang banyak seperti petroleum, kelapa sawit, balak, getah, mutiara dan berbagai lagi. Tapi tidak cukup, walaupun rakayat hanya 26 juta sahaja. Ini adalah bala yang Allah melanda negara kita pada hari ini.

4. Motivasi kepada pendakwah
Al-Quran menjelaskan bahawa mereka yang berjuang di jalan Allah dijanjikan kemenangan di atas muka bumi ini. Firman Allah SWT
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad) bahawa dia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah yang berkuasa dan dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka yang telah diredhaiNya untuk mereka dan dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).” (al-Nur:35).

Kemenangan adalah janji Allah, dan pasti akan diperolehi oleh mereka yang berjuang di atas agama Allah. Sebagaimana Allah memulakan dengan lafaz wa’ada bermaksud ‘telah menjanjikan” di mana kemenangan dunia kepada orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya. Jangan tanya bila Islam akan memerintah tetapi tanya bila masa kita menyumbang kerja-kerja untuk kemenangan Islam. Perjuangan bukan dihampari dengan permaidani merah tetapi dihampari dengan onar dan darah.
Janji ini bukan sahaja di tulis dalam al-Quran malahan dicatat dalam kitab zabur nabi Daud AS lagi. Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya’: 105

“Sesungguhnya telah kami wartakan dalam kitab Zabur selepas peringatan bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba yang soleh.”
Pesanan al-Syahid Syed Qutb pernah menyebut “kebatilan nampak kuat, tetapi tidak kekal, manakala kebenaran nampak lemah tetapi akan kekal”. Wallahua’lam

No comments: