Monday, April 20, 2009
Masalah Air Di Kawasan Felda Makin Parah
MARAN - Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Pekalan Air Negeri (JBA) diseru dan diharap dapat menyelesaikan masalah air yang sudah lebih 30 tahun membelenggu masyarakat Felda di seluruh negeri ini. Mengikut maklumat yang diterima, masalah air itu kini dilihat semakin parah apabila semakin banyak penempatan dan pembangunan baru dilaksanakan sekitar kawasan terbabit. Isu ini pernah didedahkan oleh TV3 beberapa tahun yang lalu. Namun jawapannya tetap sama "kos baik pulih tinggi","kerajaan tidak berduit" serta macam-macam lagi alasan yang sudah tidak terdaya lagi untuk diterima oleh masyarakat kawasan Felda di negeri ini. Tinjauan kami mendapati kawasan penempatan Felda yang paling serius dan "parah" menghadapi masalah ini ialah Gugusan Wilayah Mempaga dan Gugusan Wilayah Jengka. Malah keadaaan semakin kronik setiap kali musim perayaan serta kenduri kendara. Kami cuba menjalankan siasatan perkara ini di sekitar kawasan Felda Jengka 6 dan Jengka 7 baru-baru ini. Ternyata masalah air ini sudah sebati dan mereka sendiri sudah tidak mampun lagi untuk percaya kepada janji-janji kerajaan UMNO dan Barisan Nasional bagi menyelesaikan masalah tersebut. Anehnya, setiap kali musim pilihanraya mereka tetap memangkah "dacing". Inilah yang memusykilkan kami sebenarnya. Sikap "benci tapi mahu" ini wajar dikikis dari minda rakyat sebenarnya. Exco Kerajaan Negeri Pahang yang bertanggungjawab dalam hal ehwal masyarakat peneroka Felda iaitu Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak (foto) diseru mengambil perhatian dan tindakan perkara ini. Jangann sekadar berjanji manis dengan peneroka setiap kali musim pilihanraya semata-mata untuk membeli undi. Ingatlah, negeri Pahang ditadbir oleh UMNO dan Barisan Nasional. Jika tiada peruntukan, pinjam dari kerajaan pusat. Lainlah negeri ini ditadbir oleh pembangkang. Bahkan, kami juga difahamkan Felda sendiri mempunyai banyak peruntukan dan dana jika mereka benar-benar mahu membantu rakyat. Sikap acuh tidak acuh dan sambil lewa membela rakyat inilah yang menyebabkan masalah ini terus berlarutan.
[Justeru itu, tanpa alasan lagi rakyat Pahang terutamannya warga Felda diseru memberi amaran kepada pihak terbabit kali ini. Jika mahu undi mereka, masalah air ini harus diatasi dengan segera. Kami tahu kos pembinaan agak tinggi, namun ia boleh dilakukan mengikut fasa-fasa tertentu. Jika Pahang boleh menjual air ke Selangor, kenapa tidak rakyat Pahang dibela dulu daripada terus menanggung derita dengan masalah air ini. Loji air yang tidak mampu beroperasi dengan baik serta saluran paip jenis lama yang sudah berkarat dipercayai menjadi faktor utama permasalahan ini terus berlarutan hingga kini].
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment