(Perbahasan Dr Wahbah Zuhaili dlm kitabya "Al-Bidaul Munkarah")
MENGAGUNGKAN SESAMA MAKHLUK DENGAN KETERLALUAN.
Sesungguhnya menghormati orang yang mempunyai kedudukan dari kalangan orang Islam merupakan perkara yang dituntut, tetapi dengan tidak keterlaluan dan melampaui batas. Maka tidak boleh menyucikan dan mengagungkan selain dari Allah seperti (mengagungkan) manusia yang masih hidup atau telah mati, batu-batu, pokok-pokok, malaikat, binatang,maqam-maqam dan lain-lain, dan tidak boleh juga pujian yang melampau.
Sabda Nabi S.A.W
لا تطروني كما أطرت النصارى ابن مريم, انما انا عبد الله ، فقولوا : عبد الله ورسوله
.
Maksudnya:
“Jangan kamu melampau di dalam memuji atau mengangkat kedudukan seperti melampaunya golongan Nasrani (di dalam mengangkat kedudukan) Ibnu Maryam. Sesungguhnya aku adalah hamba Allah, maka katakanlah :Hamba Allah dan Rasulnya” (H.R Bukhari dan Muslim)
Sabdanya lagi :
اياكم والغلو في الدين ، فانما أهلك من كان قبلكم الغلو في الدين
Maksudnya :
“Awasilah kamu dari melampau di dalam agama. Sesungguhnya telah merosakkan orang yang sebelum kamu oleh sikap melampau didalam agama”. (H.R Ibnu Majah)
Maka apabila seseorang menyangka bahawa ada makhluk yang berkuasa menguruskan ala mini, atau boleh memberi kesan untuk mendatangkan manfaat atau menolak kemudharatan, atau dia bertaqarrub dengan makhluk kepada Allah, adalah yang demikian itu merupakan bid’ah yang mungkar, melampaui batas yang tercela dan haram.
Ulasan saya (Us Khairul):
1) Dlm masalah ini kita perlu berhati hati supaya kita tidak terlalu mengagungkan mana mana individu dengan apa-apa cara sekalipun, samada individu tersebut seorang ulama atau tokoh yang mempunyai kelebihan yg tertentu. Jika seseorang itu mengagungkan mana mana individu sekurang-kurangnya ia telah dihinggapi penyakit taassub dan yg lebih parah lagi ia boleh membawa kepada 'ithro' (mengangkat seseorang dgn kedudukan yg tidak sepatutnya).
2) Kaedah "SADDUZZARAI' perlu diambil kira dlm masalah ini kerana ia boleh menyebabkan penyelewengan jika ia tidak dibendung. Sejarah telah membuktikan bahawa kesesatan kaum terdahulu ada yg berpunca dari mengagungkan org-org yg soleh sehingga dibuat patung-patung yg asalnya hanya sebagai penghormatan tetapi akhirnya menjadi berhala yg disembah.
3) Masalah ini tidak saya tujukan kepada masalah gambar DS Anwar Ibrahim sahaja tetapi sebagai peringatan kepada semua, kerana saya melihat adanya penyakit taassub kepada individu2 tertentu di dalam Negara kita ini.
Inilah sepintas lalu peringatan untuk diri ini dan tatapan utk semua.
No comments:
Post a Comment