Sunday, May 10, 2009
Memacu Kebangkitan menjana kemenangan
Alhamdulillah...Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang hari ini telah melangsungkan Muktamar Tahunannya bagi kali yang ke 27 di Dewan Imam Syafie Markaz Tarbiyah PAS Kampung Temin Jerantut.
Muktamar ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Saudara Suhaizan bin Kayyat [ Ketua Penerangan DPP Pusat ] sementara Al Fadhil Ustaz Nazri Chik sebagai pemerhati mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat .
Ucaptama yang sangat mantap telah di sampaikan oleh Al fadhil Ustaz Suhaimi Saad Ketua Dewam Pemuda Pas Pahang sesi yang baru 2009-2011.
Antara ucapan beliau yang menarik ialah :
1- Sepanjang sejarah perjuangan ini menyaksikan pempinan PAS keluar masuk penjara, diugut malah ada yang dibunuh secara zalim. Seharusnya pemuda tidak lupa pada pengorbanan ini. Kita mengecapi kejayaan atas pengorbanan pejuang pejuang Islam yang sanggup memerah keringat, menabur harta dan mengorbankan nyawa mereka untuk meletakkan Islam di tempatnya.
Mereka merintis jalan perjuangan ini disaat manusia menolaknya, berceramah di saat tiada pendengarnya, menyampaikan dakwah disaat masyarakat memulau dan menganggap sesat. Semangat kental yang mereka tunjukkan seharusnya menjadi contah buat kita pemuda melayarkan bahtera perjuangan ini.
Benarlah apa yang di nyatakan oleh Allahyarham Dato Fadzil Noor. Dalam satu ucapan dasarnya. Almarhum menyebut;
”Pengalaman pahit manis perjuangan yang dilalui PAS telah menguatkan daya juang, daya sabar, daya fikir dan daya ujinya. PAS terus membaiki kelemahannya, menyusun kebangkitannya dengan memperbaharui tekad, meroboh semua tembok yang mengepung kegiatan dan kehadirannya ke ceruk, teluk, kubang, permatang, tanjung, kuala, bukit, gunung, kota dan seterusnya. Kini PAS sudah tidak lagi dilihat sebagai sebuah parti kenegerian atau kedaerahan tetapi ia adalah sebuah parti nasional yang bersedia memikul amanah dan tanggungjawab, memimpin negara dan memandu rakyat berbagai kaum, agama dan kebudayaan menikmati kehidupan, kesejahteraan dan keadilan di bawah payung langit yang terbuka ini.”
Jika nabi Ibrahim berjuang untuk meninggalkan agama ini kepada anak cucu dan umat dizamannya, Nabi Muhammad berjihad menentang jahiliyyah, para sahabat terus membawa obor Islam setelah nabi wafat, disambung oleh para ulama’ dan pejuang Islam dizaman mereka. Mereka semua menunaikan amanah dan peranan mereka, untuk melihat Islam diwariskan dalam keadaan sempurna kepada generasi selepas mereka. Hari ini kita mesti bertanya, apakah pula yang kita nak wariskan kepada generasi selepas kita.
2- Politik baru ini ini berjaya menenggelam politik lapuk turun temurun Umno/BN yang jelas ditolak mentah-mentah oleh rakyat kini.
Contoh terburuk politik Lama yang mengongkong dan membelenggu rakyatnya disebut dalam Al-Quran. Fir’aun dalam urus-tadbir menzalimi kaumnya bagi mempastikan rakyatnya terus taat dan mengikut sahaja perintahnya.
Firman Allah SWT dalam Surah Az-Zukhruf:25
Maka Firaun menakut-nakutkan rakyatnya, lalu mereka mengikutnya. Sesungguhnya mereka adalah kaum yg fasik . Secara ringkasnya
- Politik baru juga menolak pemahaman bahawa Tafsiran agama yang hanya berlegar ibadat khusus yang menolak peranan agama dalam politik dan pentadbiran.
- Politik baru bermakna kita anak anak muda sudah bersedia untuk meninggalkan Politik pekauman dan perpecahan dan di gantikan dengan konsep perpaduan rakyat dan muafakat sesama rakyat Malaysia sesuai dengan slogan kita PAS for All
- Politik baru bermakna kita anak anak muda juga menolak pemimpin yang terus menerus mengumpulkan kekayaan demi kepentingan keluarga dan kroni sehingga rakyat tertindas dan digantikan dengan pemimpin yang benar-benar ikhlas memperjuangkan hak rakyat dan berpegang teguh pada Perintah Allah S.W.T dalam menjalankan amanah kepimpinan
- Politik baru yang anak muda mahukan ialah tidak adanya rasuah dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin Negara sehingga menyebabkan rakyat yang terpaksa menanggung beban kerugian yang dilakukan pemimpin tersebut golongan ini perlu digantikan dengan pemimpin yang berintegriti tinggi, adil dan telus dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin rakyat.
- Anak anak muda juga bersedia membuang politik lama pemimpin yang tidak reti menghormati Undang-undang dan perlembagaan dan golongan ini wajib digantikan dengan pemimpin yang patuh terhadap undang-undang dan perlembagaan Negara yang mereka sendiri terlibat menggubalnya bagi memastikan rakyat hidup dalam keaadaan aman dan tenteram, dengan menghormati perlembagaan dan undang-undang Negara (yang mana tidak bertentangan dengan Islam).
- Politik baru yang kita mahukan ialah akta-akta zalim perlu dihapuskan seperti ISA, AUKU, OSA, AKTA Mesin Cetak dan Penerbitan, akta-akta inilah yang selama ini telah menyekat kebebasan bersuara Rakyat dan Merencatkan demokrasi Malaysia.
- Politik Baru yang dimahukan ialah memastikan Institusi-institusi kerajaan seperti PDRM, SPRM, SPR, Kehakiman dan lain-lain tidak diperkuda untuk pengekalan kuasa kerajaan yang memerintah. Badan ini perlu bebas dalam melaksanakan tugas mereka bagi memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati keadilan dan keamanan
3- Mutakhir ini sudah ada gelaran ‘ulama sampul’. Hanya memilih tempat untuk menyampaikan dakwah, pantas hadir ditempat yang memberi sampul tebal. Budaya ini diharap jangan menjangkiti Pemuda hendaknya.
Untuk menjalankan peranannya, para pemimpin (seperti mana yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w.) mestilah menjadi khadam (hamba) kepada pengikutnya.
Di satu hadis yang lain Rasulullah menegaskan para pemimpin ialah “gembala” kepadanya pengikutnya. Ertinya, tugas kepemimpinan adalah amanah bukan anugerah. Ia akan dihisab dipertanggungjawabkan (ditanggung dan akan disoal) tentang kepimpinannya bukan sahaja bertanggung jawab kepada parti dan ketua parti tetapi bertanggung jawab pada Allah.
Sesi yang lalu menyaksikan Negeri Pahang Amnya agak tandus dengan kepimpinan, sama ada peringkat PAS negeri, kawasan dan dewan-dewan. Exco DPPNP sessi yang lalu terpaksa memikul jawatan besar dalam pemuda negeri dan kawasan mereka.
4- Medan tarbiyah dan tazkiyah ada berbentuk teori dan ada berbentuk amali. Kedua-duanya perlu digerakkan secara seimbang . Semua pemuda PAS negeri Pahang mesti mendokong program tarbiyyah dan apa sahaja pendekatan yang mampu melatih jiwa untuk mempertingkatkan JIHAD dan PENGORBANAN.
Kita mahu Pemuda PAS Pahang melengkapkan diri mereka dengan kemahiran dakwah Fardiyyah. Bukan sekadar kita turun menghulurkan risalah, malah kita menyapa anak anak muda menyelami perasaan mereka sesuai dengan slogan yang kita laungkan Duta penyelamat dan kasih sayang
5- Kita tidak menafikan atas nama berlumba-lumba membuat kebajikan kita boleh menawarkan diri untuk bertanding, namun biarlah pertandingan itu dalam gelanggang akhlak. Kita bimbang atas semangat yang meluap luap untuk mendapatkan jawatan nilai akhlak dikesampingkan.
Hari ini kita sudah suara-suara dakwaan kononnya musim pemilihan parti, surat layang bukan sahaja dihantar ke cawangan-cawangan malah diedar di pasar malam. Kita bimbang yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam parti di masa depan akan melobi rumah ke rumah perwakilan untuk menagih undi. Bukan sekadar menagih undi, wang akan digunakan untuk membayar budi. Hotel akan menjadi tempat jual beli.
Kita juga bimbang suatu hari nanti bukan sahaja individu menawar diri untuk bertanding, malah jentera parti yang individu itu pimpin akan digunakan sebagai jentera kempen untuk kemenangan peribadi.
Jangan ajar budaya buruk ini kepada Pemuda. Dewan Pemuda PAS Pahang rasa kecewa dan malu jika sekiranya pemimpin-pemimpin dewasa yang boleh dianggap abang dan bapa ini masih beramal dengan politik jahiliyah dan politik purba untuk mendapatkan kuasa.
Pemuda tak akan mengizinkan eleman ini menyusup dalam parti dan Kita minta mereka menghentikan budaya buruk ini. Kita akan mempertahankan ketulenan parti ini dari dirobek oleh musang-musang yang rakus ini. Dewan Pemuda PAS negeri dan kawasan bertekad akan mempamerkan pertandingan atas semangat ukhuwwah. Kita seharusnya menunjukkan pertandingan tak seharusnya memecah belahkan jamaah.
6- YB Ketua Dewan Pemuda PAS pusat pernah menyentuh persoalan ini dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke 46 di Kota Bharu. Sebarang percubaan mengadu dumba dan membangkitkan isu dikotomi Ulama- Profesional adalah perangai jahiliyyah.
Sebenarnya PAS tampak menarik dengan variasi ini. Uniknya PAS, golongan ulama dan profesional duduk dalam satu-satunya wadah parti Islam iaitu PAS.
Kita tidak seperti Indonesia yang memiliki puluhan parti Islam mengikut aliran masing masing. Kita juga tidak seperti di Turki apabila golongan yang mengekalkan aliran tradisi berada dalam satu parti manakala golongan pembaharuan berada dalam satu Parti yang lain. Antara parti yang wujud ini masing masing mendakwa mereka lebih Islamik.
Pemuda PAS negeri Pahang jangan terperangkap dengan pemikiran yang boleh merosakkan parti. Jangan mengurungkan diri dalam kepompong pemikiran jumud ini. Jangan ada lagi pertikaian antara mee celup dengan mee goreng siapakah yang lebih layak berada atas meja. Bagi kita, kedua-duanya layak dengan syarat perisanya ialah mendokong
institusi kepimpinan ulama.
7- Dewan Pemuda PAS Pahang mesti bertindak segera untuk memastikan pengundi muda terus berpihak dan bertambah menjelang PRU 13. Semua Lajnah dalam Dewan Pemuda PAS Pahang mesti memiliki program yang berjaya mengikat anak-anak muda untuk kekal bersama PAS selamanya. Aktiviti Gerakerja Pilihanraya, Pemerkasaan Tarbiyah, Pemerkasaan Organisasi, Penerangan dan Pendekatan kepada Anak Muda perlu diberikan keutamaan oleh pemuda disemua peringkat
Semua Program pemuda peringkat negeri dan kawasan mesti diberi liputan dan publisiti meluas dalam media parti dan media siber. Untuk itu apa sahaja program yang dianjurkan mesti mencapai standart kualiti yang sewajarnya. Jangan ada program yang sekadar melepas batuk ditangga dan sekadar untuk di muatkan dalam buku laporan muktamar.
Pelapis kepimpinan, penceramah dan pengurus mesti dicetak sebaiknya. Untuk itu Pemuda mesti bersedia untuk ditarbiyyah dan mentarbiyyah, diarah dan mengarah , dipimpin dan memimpin.
Inilah diantara ucapan yang disampaikan oleh Ustaz Suhaimi bin Saad KPP Pahang yang baru. Di sini disertakan senarai exco2 yang baru :
Pengerusi Tetap:Ustaz Rosli Jabar
Timbalan:Hasnan Harun
Ketua Pemuda:Ustaz Suhaimi Saad
Timbalan Ketua:Ustaz Shahril Azman Abd Halim
Naib Ketua:Abdullah Karim
Ajk Yang Terpilih:
1.Ustaz Hazmi
2.Mohd Fadhil Nor Abd karim
3.Ustaz Fazli Ibrahim
4.Mutacohiri Ludin
5.Ust Nazri Ahmad
6.Akmar Alias
7.Ustaz Jauhari Ishak
8.Johari wahid
9.Khairul Fathi
10.Sdr shaharudin Mohamad
Tahniah daripada kami terutama kepada Al Fadhil Ustaz Shahril Azman Al hafiz yang menang didalam pertandingan bagi jawatan Tim. Ketua DPPNP dan Abdullah Karim Naib Ketua DPPNP yang baru.
Perbahasan usul memanaskan suasana muktamar..Tiga usul telah diterima dengan perbahasan dan satu dpdnya adalah usul tergempar.Antaranya menggesa agar dikekalkan Pesuruhjaya Pas Pahang Dato' Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man.
Muktamar telah mencalonkan 10 0rang drpd setiap kawasan untuk mengikuti Muktamar DPP Pusat dan 5 diserahkan kpd mesyuarat AJK DPPNP yang baru dilantik.
Begitu juga 3 pencalonan utama jawatan AJK DPP Pusat dibincangkan dan yang lain diserahkan kpd mesyuarat AJK DPPNP yang baru dilantik untuk memutuskannya.
Pencalonannya :
Jawatan Ketua Pemuda Pusat : Ustaz Nasaruddin Hasan Tantawi
Tim. Ketua : Saudara Sabky Bin yusuf
Naib Ketua : Ustaz Nik Abduh Bin Nik Abdul Aziz
Mesyuarat selesai jam 6.30 petang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment