Sunday, May 31, 2009

Ulamak pimpinan Dunia Akhirat


"Siapa yang dikatakan Ulama? Siapa yang beri dia pangkat Ulama?” pertanyaan begini sering timbul.

“Kalau kita nak lantik Ulama sebagai ketua, apa kriteria yang menentukan seseorang itu Ulama atau tidak?” soalan dikaitkan pula dengan perjawatan dan perlantikan.

Kita semua tahu Ulamak adalah pewaris nabi. Nabi SAW sendiri mengetahui diakhir zaman ramai Ulamak lesu, keraterianya tidak setanding ulamak dahulu Mujtahid, muhaddis..Tapi Nabi SAW tetap mengatakan Ulamak adalah pewaris Nabi tanpa nabi meletakkan syarat Mujtahid, Muhaddis Allamah dsb. Di Zaman ini dimana kita nak mencari Ulamak yang betul-betul sebagai ulamak silam..


RASULULLAH, ABU BAKAR SEBAGAI PEMIMPIN

Kita melihat Kesempurnaan kepimpinan islam dalam sirah, bermula daripada Rasulullah SAW, manusia yang paling agung ketahap yang dari masa ke semasa semakin kebawah, yang kemudiannya adalah sahabat-sahabat seterusnya Tabien Tabie Tabieen dan ulamak Mujtahid Mutlak, Mujtahid Fatwa, Mujtahid Mazhab, dan seterusnya hingga kehari ini apa yang kita lihat..Namun panduanya tetap Ulamak ialah pewaris nabi-nabi.

Kita menerima hakikat kelesuan Ulamak..dan memang itulah yang telah disebutkan oleh Nabi SAW. Namun Nabi SAW dan para sahabatnya telah mengajar segala-galanya untuk panduan kita pada hari ini.


PAKAR STRATEGI MEMBANTU NABI WALAU RAMAI DIKALANGAN MEREKA TIDAK MEMIMPIN

Lihat dalam sirah walaupun nabi pemimpin mendapat wahyu, nabi bermusyawarah. Didalam musyawarah kita lihat bagaimana nabi menggunakan kebijaksanaan para-para sahabat yang lain agar kelihatan lengkap melengkapi diantara satu sama lain. Kita lihat sahabat seperti Salman Al Farisi dan yang lainnya yang bijak dalam soalan strategi peperangan berperanan dalam Musyarah yang dibentuk oleh nabi SAW. Walaupun Salman dan yang seumpamanya ini bijak dan hebat disisi nabi SAW dan Salman pernah dakui oleh nabi sebagai sebahagian "Aali baiti" Salman dan sahabat yang seumpanya tidak pernah terfikir untuk menggantikan nabi dalam soal kepimpinan.Begitu juga Khalid Alwalid ( Pakar Peperangan ). Didalam peperangan Mu'tah pemimpin diberi kepada orang lain dahulu (Zaid, Jaafar dan Abdullah ar ruwahah) walau khalid seorang yang sangat hebat dan berpengalaman dalam soal strategi peperangan. Bahkan kita lihat selepas wafat Nabi SAW nabi tidak memilih Salman sebagai khalifah tetapi nabi pilih Abu Bakar ra.

Siapa Abu bakar ra ? Sudah tentu kita semua menjawab orang yang sangat memahami Islam. Abu Bakar mendahului sahabat yang lain dalam soal kewafatan Nabi SAW. Abu Bakar mendahului sebahagian sahabat yang lain dalam soal memerangi murtad. kan nabi bersabda "Kalau ditimbang iman Abu Bakar dengan Iman seluruh umat ini nescaya berat timbangan iman Abu bakar ra."Kesimpulannya nabi mengajar kita agar semua golongan, Pakar strategi, Aktivis bawahan menyumbang kebangkitan islam hatta di zaman nabi sendiri dan sejarah tidak pernah menafikan peranan mereka. Di sinilah terbentuknya kehebatan islam. Pun begitu nabi terus memimpin..kerana ada dikalangan mereka terkilau dengan kebendaan ( peristiwa uhud ), merasa bangga dengan jumlah yang ramai,kelengkapan yang hebat ( peristiwa Hunain ).Justeru itu disinilah sebenar peranan Nabi SAW dan para alim ulamak.

TAQWA DAN HIKMAH YANG MEMIMPIN

Kesimpulannya yang diletakkan oleh Islam orang yang paling layak memimpin orang paling hampir dengan tuhan ( Al Quraan dan Sunnah )dan dengan kefahaman yang mendalam ini ( Faqih ) dia dikurniakan "hikmah" daripada Allah.Zaman ini siapakah mereka kalau bukan Ulamak..

THALUT SEBAGAI PEMIMPIN

Walaupun Thalut bukan nabi tetapi tapi tanda kepimpinannya ialah Tabut (jejak peninggalan nabi Musa dan Harun as) yakni orang yang sangat hampir dengan nabi-nabi. Hikmah (kebijaksanaan) thalut terlihat dalam siri peperangan menentang jalut sebagaimana diceritakan dalam Al Quraan. Maknanya pemimpin beginilah yang dikehendaki dalam Islam.

INGAT PIMPANAN ISLAM BUKAN HANYA SETAKAT DI DUNIA BAHKAN DUNIA DAN AKHIRAT.

Saudara-saudara..Saya sendiri merasakan tidak layak memimpin..Siapa kita ? Saya merasakan diri sendiri dan keluarga tidak tentu lagi apakah nasib kita diakhirat..Bagaimana nak dibebani dengan membawa bebanan masyarakat yang dipimpin ?Ingat pimpinan islam bukan hanya membicarakan soal pembangunan dunia dan material semata-mata tetapi nak menyelamatkan manusia dari neraka Allah swt..Inilah matlamat utama kepimpinan islam. Kerana itu saya merasakan hanya para alim ulamak yang mampu memimpin manusia. Pun begitu kita tidaklah menolak soal kebendaan. Justeru itulah Ulamak perlu dibantu. Kalau Nabi saw sendiri dibantu oleh sahabat2nya yang pakar didalam bidang lain,lebih-lebih lagi para ulamak, terutamanya ulamak zaman kini. Kita saling bantu membantu.Untuk memahami lihatlah kata-kata pesuruhjaya kami :

Umumnya kita menyatakan bahawa kita hanya menawar diri untuk dipilih, bukan mendesak ahli untuk memilih kita. Sifat ini adalah suatu sifat yang sangat tidak terpuji; kerana jawatan bukanlah sesuatu yang menjadi kebanggaan apatah lagi untuk merasa terhormat dengan jawatan yang disandang.

Menyedari bahawa jawatan adalah amanah besar yang terpaksa dipikul di dunia, dan ia terpaksa pula menjawab dihadapan Allah di hari akhirat, maka selayaknya seseorang itu menangis dengan jawatan yang dipegangnya. Bukan menangisi bila ia tidak dipilih; bahkan kalaulah kita menyedari betapa beratnya amanah ini, nescaya kita akan mengucapkan 'terima kasih' kepada sahabat yang tidak memilihnya, kerana mereka telah menolong meringankan kita di hadapan Allah di akhirat.

Mari kita meneliti pesanan Rasulullah s.a.w. kepada Abu Zar al-Ghifari yang datang memohon jawatan kepada Rasulullah s.a.w.;

"Wahai Abu Zar, kamu lemah sedangkan jawatan yang kamu minta ini adalah amanah. Dan dengannya (jawatan) kelak di hari akhirat kamu akan menyesal dan dukacita; melainkan kamu ambil kerana kamu layak memikulnya, dan kamu tunaikan pula amanah itu."

Abu Zar adalah sahabat nabi yang pernah pengsan kerana takutkan Allah, jauh berbeza dengan kita hari ini.

Sabdanya lagi: "Mana-mana pemimpin yang mengkhianati rakyatnya, maka ia di dalam neraka." (Riwayat Tabrani)

Sebenarnya terlalu banyak hadis yang sangat menggerunkan bagi orang yang memikul amanah, namun dikhuatiri akan tiada orang yang sanggup menerima jawatan yang diamanahkan kepadanya, maka memadailah dengan peringatan ini, menyebabkan ia takut untuk menerima jawatan yang diberi.

antara menerima dan menolak amanah memimpin

Lalu ada yang bertanya kalau demikian, apakah kita harus biarkan jawatan disandang oleh orang yang tidak layak untuk menguruskan organisasi parti kita. Kita melihat tidak timbul soal tidak layak, kerana semua pendokong kepimpinan yang ada adalah mereka yang sangat layak memikulnya.

Kita hanya memilih yang terbaik dari yang baik-baik, kerana itu sifat yang ada kepada kita adalah tidak melampau dalam mengharapkan jawatan untuk dimenangi, sehingga sekiranya kita tidak terpilih kita melakukan sesuatu diluar adab berjamaah, sehingga tindakan kita tidak menguntungkan jamaah bahkan menyusahkan jamaah.

Kalau diperingkat awal kita menyatakan 'saya hanya menawar diri', apa makna kalau kita tewas atau tidak dipilih kita rasa kecewa, melarikan diri dari jamaah, mendiamkan diri, mengharapkan dalam hati agar yang menang gagal dan kerjanya, bahkan lebih malang lagi kita mengambil sikap memusuhi pesaing kita.

Pendokong jamaah harus sedar dengan perangkap syaitan dan hawa nafsu yang sangat licik, untuk merosakkan dirinya dan menjauhkannya dari perjuangan Islam. Lantaran itu ucaplah tahniah kepada pesaing kita yang menang dan katakan kepadanya: "Tahniah atas kejayaan anta demi jamaah, dan ana akan bantu anta dalam urusan ini". Kata-kata begini dan seumpamanya akan melemahkan hawa nafsu jahat dan mengecewakan syaitan dari merosakkan kita.

jawatan bukan untuk direbut

Jawatan bukanlah sesuatu yang perlu direbut, tetapi menerima penyelesaian secara syura adalah baik. Sama ada untuk jamaah atau untuk diri penerima jawatan. Kita perlu menyedari bagaimana Baginda Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita:

"Sesiapa yang menghendaki jawatan, sedang jamaah tidak meredainya, maka ia tidak akan ditolongi Allah dalam mengatasi masalahnya, dan sesiapa yang menerima jawatan sedang jamaah mengharapkannya, maka Allah akan membantunya dalam segala urusannya." (mafhum dari Hadis rasulullah s.a.w.)

Menerima kaedah syura bermakna redha dengan keputusan yang dibuat oleh jamaah ke atas diri kita, dan tidak dianggap redha seandainya kita meluahkan rasa kecewa di luar majlis itu. Demikian juga adalah malang bagi pimpinan seandainya menyatakan bangkangan kepada apa yang telah diputuskan oleh jamaah. Apa makna berada dalam jamaah seandainya kita tidak boleh redha dengan keputusan jamaah? Lebih malang lagi bilamana kita merasa bahawa kita lebih penting dari jamaah atau merasai jamaah akan lemah kerana tiadanya kita.

tidak boleh lari dari amanah

Menolak sesuatu jawatan yang diamanah juga merupakan suatu yang bertentangan dengan sifat jamaah. Seseorang pendokong jamaah hendaklah meletakkan kepentingan jamaah lebih dari kepentingan dirinya dan keluarganya, kerana itu ia tidak boleh lari dari menerima jawatan yang diamanah kepadanya.

Kita bukan berhadapan dengan budaya merebut jawatan, sebaliknya kita berhadapan dengan sikap ahli yang tidak mahu menerima jawatan. Sikap ini juga tidak membantu jamaah dalam membina kekuatan. Terkadang sikap ahli dan sebahagian pendokong jamaah yang enggan menerima jawatan diamanahkan kepadanya, menyebabkan timbul dua keadaan:

1) Jamaah kehilangan tenaga yang berwibawa, dan keadaan ini melambatkan kejayaan dalam perjuangan Islam.

2) Tindakannya mendedahkan jamaah kepada mehnah, fitnah sama ada akan ada yang menganggap jamaah membelakangkan orang yang dianggap layak; atau ia menjadi golongan yang suka komplen dan kritik kelemahan jamaah. Kerana mereka yang berada diluar padang sangat senang mengkritik pemain yang bermengah-mengah di tengah padang


KELUASAN TAKRIF

Mungkin pendapat-pendapat yang pelbagai tentang takrif Ulama itu, adalah sebagai petanda kepada luasnya cakupan makna bagi kalimah Ulama, yang disebut dua kali di dalam al-Quran, tetapi tidak diperincikan seperti Allah memperincikan perihal harta pusaka atau wanita mahram, di dalam al-Quran. Ruang yang diberikan tanpa perincian itu bertujuan untuk menyediakan unsur keanjalan pada mendefinisikan Ulama sesuai dengan peredaran zaman, tahap keilmuan dan ketamadunan manusia serta keperluan-keperluan yang diperlukan dalam urusan awam merentas masa.

Hanya satu sifat yang melangkaui segala perubahan zaman dan keadaan, bahawa Ulama adalah manusia yang takut kepada Allah:

“Sesungguhnya, yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (Ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” [Faathir 35: 28]

Bagaimanakah soal takut kepada Allah ini dapat diukur untuk menentukan siapa yang Ulama dan siapa yang bukan Ulama? Justeru kita bertemu dengan himpunan definisi yang pelbagai oleh sarjana Islam sepanjang zaman yang kesemuanya menjurus kepada makna komitmen penuh seorang hamba kepada segala kehendak, perintah dan larangan Allah Subhanahu wa Ta’aala.

KRITERIA PEMIMPIN

Namun, Ulama sebagai pewaris para Nabi, bagaimanakah kualiti yang ada pada seorang Nabi, untuk pewarisan itu menepati kriterianya?

Allah swt membantu kita mengungkai persoalan ini melalui dua kisah yang terdapat di dalam al-Quran tentang Musa dan Yusuf as

Tatkala dua orang anak perempuan Nabi Shuaib menemukan Musa dengan bapa mereka berdua, salah seorangnya berkata kepada ayahanda mereka dengan ungkapan yang diabadikan di dalam al-Quran:

“Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah (Shuaib), ambilah dia (Musa) bekerja, Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang QAWIYY, lagi AMEEN” [al-Qasas 28: 26]

Penjelasan tentang kriteria Musa yang menjadikan beliau sebagai manusia yang paling berkelayakan untuk diupah bekerja diungkapkan sebagai Qawiyy dan Ameen. Pembahagian kualiti Musa kepada dua dimensi Qawiyy dan Ameen ini sangat berguna dalam memahamkan kepada kita apakah yang Allah Subhanahu wa Ta’aala kehendaki dari seorang hamba berkaitan dengan kelayakan dirinya.

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah membahaskan perkara ini di dalam kitabnya, al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`i wa al-Ra`iyyah sebagai memudahkan kita mengukur kelayakan.

QAWIYY itu bermaksud kekuatan, keupayaan, dan segala yang diperlukan untuk sesuatu tugasan itu dilakukan mengikut spesifikasinya.

AMEEN pula merujuk kepada sifat amanah, bertanggungjawab dan segala kualiti akhlaq seseorang yang mudah untuk difahami sebagai nilai INTEGRITI.

Sudah tentulah di dalam suatu pekerjaan, kelayakan tertinggi ialah pada seseorang yang memiliki nilai integriti dan kompetensi yang sama tinggi. Namun realitinya, manusia ada pasang surutnya pada kedua-dua dimensi kelayakan ini. Ada tugasan yang memerlukan keutamaan integriti, ada tugasan yang mesti mengutamakan kompetensi.

Di sinilah jawapan kepada kayu mengukur kriteria Ulama’ iaitu pada keupayaannya mematuhi seluruh hukum Tuhan pada Syariatullah dan Sunnatullah. Seorang alim yang takutkan Allah bukan hanya takut melanggar hukum Syariat malah juga hukum Sunnatullah. Bukanlah seorang itu dikatakan takutkan Allah apabila dirinya berilmu tinggi tentang halal dan haram, tetapi tidak berasa apa-apa melanggar hukum alam pada pekerjaan dan kehidupannya sedangkan hukum alam itu adalah Sunnatullah yang juga merupakan tuntutan Allah ke atas kita.

Justeru, sebelum Allah Subhanahu wa Ta’aala mengisytiharkan bahawa manusia yang paling takut kepada-Nya adalah para Ulama, Allah Swt menjelaskan terlebih dahulu senario-senario yang tidak mungkin difahami kecuali oleh manusia yang menjunjung Syariatullah bersama Sunnatullah.

"Dan jika mereka (yang kafir itu) mendustakanmu, (maka yang demikian itu tidaklah menjadi hal) kerana sesungguhnya orang-orang yang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan (Rasul masing-masing), mereka telah didatangi Rasul-rasulNya dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan Kitab-kitab (nasihat pengajaran) serta Kitab-kitab (Syariat) yang terang jelas.

Kemudian Aku timpakan orang-orang kafir itu dengan azab yang membinasakan, maka perhatikanlah bagaimana buruknya akibat kemurkaanKu.

Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;

Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sesungguhnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (Ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun." [Faathir 35: 25-28]

Ya…

Keterangan itu menjelaskan bagaimana seluruh hidupan di alam ini patuh kepada ketetapan-ketetapan Allah swt. Itulah cara mereka takut dan khusyu’ kepada Allah, iaitu dengan menjalani kehidupan ini sesuai dengan hukum alam iaitu hukum Allah ‘Azza wa Jalla yang Maha Esa. Jika seluruh makhluk di alam ini hidup dengan kepatuhan yang sedemikian rupa, bagaimanakah pula dengan manusia? Kemusnahan kaum-kaum yang engkar kepada perintah Allah (melanggar Syaritullah) adalah hukum Allah ke atas manusia (Sunnatullah).

Mampukah dikatakan seseorang itu DIKATAKAN takutkan Allah, dan dia adalah seorang yang mampu memimpin andai dia TIDAK bersolat khusyu’, menjaga sunnah-sunnah nabi saw.
Lihat kehebatan sirah melihatkan kayu sugi ( sunah ) menjadi kekuatan kepada pejuang islam.

Benarlah kata Umar RA : kamu diberi kemenangan bukan dengan kehebatan kamu tetapi dengan maksiat musuh, tetapi jika kamu melakukan maksiat sama seperti meraka maka pada ketika itu Allah swt akan mengukur soal kebendan dan strategi semata2 (Allah tidak membantu kamu) sedangkan kekuatan kamu tidak setanding dengan meraka, kelengkapan kamu tidak setanding dengan kelengkapan mereka, jumlah kamu tidak seramai jumlah mereka...

Fahamilah.. Wassalalam.

Abu Ammar

No comments: